Baru-baru ini, penyanyi Nourul Depp mencuri perhatian apabila video yang dikongsinya di laman Instagram menjadi bualan peminat setelah dia meluahkan rasa terkilan kerana ditengking oleh seorang pegawai polis di Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Nourul Kecewa 

View this post on Instagram

Dalam kemelut dalam video kami semalam masa hantaq mamy papy balik: . Kami akan huraikan dalam video nanti. . Tak semua depa lagu tu. Faham depa juga manusia. Depa bertugas dmei negara demi kita semua. Kami cukup respect semua anggota beruniform . Cik farina ni [email protected] pasaipa incharge dia lagu tu. Lepas dah mamy oapy berlepas, kami nak pi balik oarking kat prking C depa tak habih lagi bertugas dan cik farina dan teman nya mintak bergambaq . Kami kata idea yang baik sebab kami nak habaq : semua manusia tak sama tahap kesopanan dan juga kesedaran sivik . Ada RAMAI yang sopan. Hanya satu dua yang tak boleh handle stress. Ya depa manusia juga. Kita semua faham . Satu nak mohon jangan banding2 kan orang ada nama atau orang biasa. Semua lyak dilayan sama rata. Sopan tu untuk semua. Bukan orang2 tertentu saja . Semalam kami jadi terkedu sebab takdan bukak mulut dah tengking. Takpalah kami faham. Undang2 kena ikut . Dah dia tengking, dia keluaq dari situ. Cik Farina ni lah yang explain semua elok2 . Dari awai kami sampai nampak kami berempat pakai mask, dari jauh dia senyum. Cakap elok. Mintak tiket flight. . Tiba tiba yang incharge tu potong… kami terkejut😳😳😳😳 . Stress. Semua stress. Takdak sapa boleh kawai pendamic ni . Hanya Allah taala boleh hapuskan Virus ni. Kita kena usaha jaga diri. Tu lh orang kata toksah dok baca sangat benda menakut nakutkan. Buat kuta jadi tak tentu arah! Terjejas qeja!

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Menurut Nourul, ketika itu dia ingin menghantar pulang kedua ibu bapa mentuanya,namun kecewa dengan sikap anggota beruniform tersebut yang bersikap biadap kerana mengeluarkan bahasa tidak sopan walaupun Nourul dan keluarga tidak membuat sebarang kesalahan selain patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Bakal Pindah? 

Dalam perkongsian yang dibuat Nourul, tertumpu pada satu komen balas dari pengikutnya yang meluahkan rasa syukur setelah ibu bapa mertua penyanyi ini selamat tiba di negara mereka dan mengharapkan agar dapat kembali lagi di Malaysia.

IKLAN

Namun dalam komen balas tersebut, pelantun Kerana Terluka ini memberi bayangan bahawa seolah-olah dia dan keluarga bakal berpindah ke kampung halaman suaminya di Saint Dié Des Vosges, Perancis.

” tak tau lah bila. Mungkin dak dah kot. Kami yang akan ke sana. Tak lama nak pindah negara dah” komen Nourul

Dalam pada itu, pengikutnya meluahkan rasa terkejut dengan komen yang diberikan oleh Nourul selain turut bertanyakan jangkaan tarikh Nourul akan berpindah kelak.

Nourul telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata Zachary Depp, 6, Raphael Depp, 4 dan Isabella Depp, 1 tahun.

Sebelum itu menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 21 tahun.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN