‘Defrost’ atau mencairkan lauk yang sejuk beku kadangkala mengambil masa yang agak lama. Kadangakala untuk masak juadah tengahari, lauk dikeluarkan terlebih dahulu dari pagi supaya mudah untuk memasak.

Di sini kami kongsikan beberapa cara untuk anda defrost lauk dengan cepat menurut halaman Rasa.

Menggunakan Microwave

via The Daily Meal

Untuk anda yang memiliki microwave, dengan menggunakanya adalah salah satu cara yang sangat mudah dan cepat. Masukkan sahaja lauk termasuk barang basah seperti daging, ayam dan ikan di dalam microwave dan tekan butang defrost. Hasilnya ais akan cair dan anda boleh masak seperti sediakala.

Menggunakan Cuka Makanan

via Vacuum Packed

Untuk anda yang tidak memiliki microwave, cara ini sangat mudah dan cepat. Menurut halaman Rasa, anda boleh masukkan daging di dalam bekas dan letakkan sedikit air dan cuka di dalam bekas tersebut.

Fungsi cuka adalah untuk menurunkan suhu pembekuan disamping dapat membantu menjadikan daging lebih empuk. Setelah selesai, basuh daging dan masak seperti biasa.

Menggunakan Air Bersuhu Bilik

via Shared

Menurut halaman Rasa, cara ini sangat sesuai sekiranya anda ingin mencairkan daging. Tetapi tidak sesuai untuk dilakukan kepada ikan dan ayam kerana akan menyebabkan isinya menjadi pecah dan rosak.

Caranya adalah dengan memasukkan sedikit air biasa ke dalam air mendidih di dalam bekas. Kemudian masukkan kepingan daging kedalam air ini sehingga ais cair. Pelu diingat, masa yang diambil untuk defrost daging adalah mengikut ketebalan potongan daging.

IKLAN

Menggunakan Periuk

via Life Hack

Antara cara yang paling mudah dan pantas untuk defrost daging ialah dengan mengapitkan daging dengan dua periuk besi. Periuk di bahagian atas pula diisi dengan air suhu bilik.

Cara ini memang sangat berkesan kerana periuk besi merupakan konduktor haba yang baik. Tekanan dari periuk di bahagian atas juga membantu mencepatkan kadar nyahbeku daging.

Jadi untuk anda yang masih memikirkan cara untuk defrost lauk anda, anda bolehlah mencuba teknik di atas.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry