Tuesday, February 7, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Saya Telah Lama Berhajat”- Neelofa Umumkan Pertubuhan Kebajikan Pertama

by Khai Azfar
June 19, 2020
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan dan selebriti popular tanah air, Neelofa semalam mengumumkan pertubuhan kebajikan pertamanya, Pertubuhan Kasih Neelofa.

Idea Sejak Beberapa Tahun Dahulu

Merupakan idea yang telah tercetus beberapa tahun lalu, pengusaha jenama pakaian Naelofar itu melihat Pertubuhan Kasih Neelofa sebagai platform terbaik untuknya terlibat dengan masyarakat secara total.

“Sejujurnya, saya telah lama berhajat untuk membangunkan sebuah demi membantu golongan yang memerlukan. Namun, saya tidak mahu ia berjalan tanpa melibatkan saya secara keseluruhan. Saya mahu memberi fokus seratus peratus dan benar-benar mendalami masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

“Sebagai contoh, jika saya terlihat seseorang yang memerlukan bantuan di Twitter, saya akan cuba mendekati individu tersebut dan terus berhubung dengannya. Saya mahukan pendekatan seperti itu,” kongsi Neelofa menerusi edaran pihak media.

Rangkum 3 Teras Utama

Dibangunkan untuk membantu masyarakat dengan pemberian sumbangan secara konsisten serta menyeluruh, Pertubuhan Kasih Neelofa merangkumi 3 teras utama. Menurut Neelofa, 3 teras tersebut adalah teras Keagamaan, Kemasyarakatan dan Bantuan Untuk Golongan Kurang Bernasib Baik.

“Teras Keagamaan meliputi apa sahaja aktiviti seperti program keilmuan dan program keagamaan. Sementara itu, untuk teras Kemasyarakatan, kami akan cuba mendekati komuniti dengan melaksanakan program-program bersama tenaga kerja Pertubuhan Kasih Neelofa dan para sukarelawan.”.

“Bagi teras Bantuan Untuk Golongan Kurang Bernasib Baik pula, kami memfokuskan kepada mereka yang terpinggir dan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal dan anak yatim. Kami akan cuba mendekati golongan ini dengan lebih rapat, mendengar keluhan dan masalah mereka, dan kemudia cuba menyelesaikan atau meringankan beban melalui bentuk sumbangan atau penganjuran aktiviti-aktiviti amal,” katanya.

Tambah Neelofa, menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa ini, tiada mana-mana pihak akan ketinggalan dan dia akan cuba untuk membantu semua.

Jelasnya lagi, dia akan turut menubuhkan Syarikat Kasih Neelofa Resources, iaitu sebuah entiti yang berfungsi untuk menjana pendapatan untuk menggerakan Pertubuhan Kasih Neelofa.


“Kasih Neelofa Resources merupakan sebuah platform yang boleh dijadikan sebagai medium untuk menjual pelbagai item untuk pengguna, dan keuntungan daripada hasil semua jualan akan disalurkan sepenuhnya ke dalam tabung pertubuhan.

“Selain itu, inisiatif ini juga dapat memberi galakan kepada mereka di luar sana yang berkemampuan untuk sama-sama menyumbang dan membantu golongan yang memerlukan,”

Diterajui Bersama Ibu Dan Ibu Saudara 

Sebagai info, pertubuhan ini akan diterajui bersama ibu, ibu saudara dan Ustaz Azam. Pertubuhan Kasih Neelofa ini juga merupakan pertubuhan peringkat kebangsaan.

Sempena dengan kedatangan Hari Raya Aidiladha nanti, Qurban Kasih Neelofa adalah aktiviti pertama yang akan dilancarkan di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa. Program ini memberi peluang kepada individu yang ingin melaksanakan ibadah korban dengan mudah disamping memberi ilmu pengetahuan kepada ramai orang yang mungkin tidak tahu tentang proses untuk melaksanakan ibadah korban secara berhemah dan betul.

“Menerusi program Qurban Kasih Neelofa ini, kami berharap agar dapat memudahkan proses golongan yang ingin melaksanakan ibadah korban. Menerusi program ini juga, kami berharap ia dapat menambah ilmu orang ramai tentang kepentingan dan kebaikan ibadah korban dalam kalangan umat Islam,”

“Banyak aktiviti lain yang dirangka oleh pihak Pertubuhan Kasih Neelofa. Tetapi, kami akan umumkan satu persatu pada masa akan datang,”

“Bukan mudah untuk menguruskan pertubuhan, lebih-lebih lagi yang melibatkan wang kebajikan dan derma daripada orang ramai. Ia merupakan satu amanah yang sangat besar.

“Saya berharap agar orang awam memberikan kepercayaan kepada saya dan sama-sama menjadikan Pertubuhan Kasih Neelofa ini sebagai platform untuk semua,” kata Neelofa sebagai penutup bicara.

Neelofa berharap agar inisiatifnya untuk membantu golongan yang memerlukan menerusi penubuhan Pertubuhan Kasih Neelofa dapat diterima baik dalam kalangan orang ramai

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: neelofaPertubuhan Kasih Neelofa.
Share17Tweet6SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Gambar Lisa BLACKPINK Dituduh Buat Pembedahan Hidung Dibantah Peminat
Korea

Gambar Lisa BLACKPINK Dituduh Buat Pembedahan Hidung Dibantah Peminat

by Phic ARMAN
February 6, 2023
Sofyank ‘Shooting’ Dengan Bintang Hollywood Paul Rudd & Jonathan Majors Di Sydney?
Filem

Sofyank ‘Shooting’ Dengan Bintang Hollywood Paul Rudd & Jonathan Majors Di Sydney?

by Phic ARMAN
February 6, 2023
Di Jemput Ke Kediaman Hrithik Roshan, Gelagat Jackson Wang Dipuji Ramai
Bollywood

Di Jemput Ke Kediaman Hrithik Roshan, Gelagat Jackson Wang Dipuji Ramai

by Aphit J.
February 5, 2023
Padam Semua Gambar Dan Video, Zarina Anjoulie Dah Putus Dengan Kekasih?
Lokal

Padam Semua Gambar Dan Video, Zarina Anjoulie Dah Putus Dengan Kekasih?

by Aphit J.
February 5, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  2. 2

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  3. 3

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan