Ketika ini, nama isteri kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Datin Dr. Halina trending di tangga teratas laman Twitter.

Hamil Anak Kembar 13 Minggu 

Ini berikutan pengumuman khabar gembira yang diumumkan oleh Dr Sheikh menerusi laman Instagram nya yang mana isterinya kini disahkan hamil 13 minggu. Lebih menggembirakan, pasangan itu juga bakal menimang sepasang lagi cahaya mata kembar selepas anak ketiga mereka yang juga merupakan pasangan kembar.

Kehamilan Kali Ini Mencabar

Kongsi idola rakyat Malaysia itu, Dr Sheikh mendedahkan proses kehamilan Dr Halina kali ini lebih mencabar berbanding sebelum ini apatah lagi isterinya telah berkhidmat sebagai petugas barisan hadapan bagi merawat pesakit Covid-19.

Harap Terus Kuat 

Berkesempatan untuk memberikan kata-kata semangat buat Dr.Halina, Dr Sheikh mengharapkan agar isterinya terus kuat dan mampu bertahan sepanjang kehamilan ini.

IKLAN
View this post on Instagram

Pic – Expecting Twins again … Alhamdulillah – Syukur teramat . Dr Halina is now 13 weeks pregnant with twins . I’m just thrilled , speechless and over the moon … It’s like DejaVu all over again . We have always wanted a big family . But carrying twins during pregnancy is totally high risk as we have experienced that before . Double Nauseous Double Vomiting Double Bloating Double Craving Double Bleeding – which she did It was tough seeing Dr Halina undergoing through her 1st Trimester and still working as frontliners treating Covid patients and she truly deserve my utmost respect . The only thing I could do is to gain weight with her which is part of the deal – Haha Salam Everyone Love As Always Just sharing the good news PS – Do be strong my love . Just hang in there and leave the workload of the kids to me . 😘

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Rata-rata pengikut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah selain mendoakan agar kehamilan tersebut dipermudahkan dan berada dalam keadaan selamat. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada sekitar 2010. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta pasangan kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry