Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Kajian Membuktikan Pengguna Lebih Cenderung ‘Upload’ Foto Separuh Bogel Di Instagram

by Phic ARMAN
June 19, 2020
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Kumpulan penyelidik bersama dari AlgorithmWatch dan European Data Journalism menerbitkan penemuan baru. Mereka menemui mengenai bagaimana algoritma penyajian kandungan berfungsi di Instagram.

Menurut penyelidikan mereka, algoritma Instagram ternyata lebih suka foto orang yang lebih “terdedah”. Ataupun kurang berpakaian sehingga memaparkan banyak bentuk tubuh badan.

Foto dengan subjek seperti ini lebih kerap muncul pada garis masa atau ‘timeline’ pengguna. Penyelidikan ini dilakukan dengan melibatkan 26 sukarelawan yang diminta untuk memasang aplikasi lanjutan di ‘browser’. Kemudian mereka membuka laman utama Instagram secara berkala pada selang waktu tertentu.

Selepas itu sukarelawan diminta untuk mengikuti akaun sejumlah pencipta kandungan (Content creator) profesional yang menggunakan Instagram untuk mengiklankan atau menarik pelanggan baru.

2,400 foto dianalisis

Hasilnya, dari 2,400 foto yang dimuat oleh mereka, 362 atau 21 peratus daripadanya menunjukkan lelaki atau wanita tanpa baju yang memakai bikini atau seluar dalam. Pada mulanya, para penyelidik mengesyaki bahawa hasilnya hanya kebetulan namun algoritma Instagram tidak mengutamakan jenis kandungan ini.

Namun, setelah siasatan lanjut, timeline sukarelawan terus menunjukkan hasil yang sama. Sebanyak 30 peratus mempunyai foto “terbuka”.

Peratusan Foto Wanita Berbikini Lebih Tinggi

Wanita dengan memakai pakaian terdedah memiliki 54 peratus lebih tinggi untuk diperlihatkan di newsfeed, sementara lelaki dengan separuh bogel 28 peratus.

Sebaliknya, foto yang mengandungi makanan atau pemandangan dikatakan mempunyai kebarangkalian 60 peratus lebih rendah untuk dipaparkan pada timeline.

Nicolas Kayser-Bril, seorang wartawan AlgorithmWatch, percaya bahawa algoritma Instagram bertindak seperti itu kerana kebiasaan pengguna tertentu.

…and their behavior is probably picked up by ML systems, amplified, and pictures of nudity are pushed for all users, in a vicious cycle. Just like search engines spread far-right conspiracies by suggesting them to millions of users after a few thousands searched for them.

— Nicolas Kayser-Bril (@nicolaskb) June 15, 2020

“Sebilangan kecil pengguna Instagram melihat platform sebagai sumber gambar soft porn dan tingkah laku mereka mungkin disusun oleh sistem machine learning, diperkuat, dan gambar separuh bogel ini diedarkan kepada semua pengguna, dan sebagainya,” katanya di Twitter.

Cara kerja algoritma ini dapat mendorong pencipta kandungan, terutama wanita, untuk menarik lebih banyak penonton dengan memuat naik foto “terdedah”.

Laporan penuh dari penyelidikan AlgorithmWatch dan European Data Journalism dapat dilihat di pautan berikut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/2h79r
Share16Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem