Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

5 Idea ‘Roadtrip’ Berhampiran Kuala Lumpur Untuk Percutian Bersama Keluarga

by Aphit J.
June 21, 2020
via Klook

via Klook

43
KONGSIAN
Share on Facebook

Kerajaan telah membenarkan perjalanan merentas negeri dan ini merupakan satu berita yang sangat menarik. Untuk anda yang berhajat untuk roadtrip dalam masa terdekat, berikut adalah beberapa pilihan tempat yang boleh dijadikan sebagai pilihan anda.

Kuala Lumpur – Seremban (50 Minit)

via The Vocket

Seremban adalah tempat yang patut dikunjungi bersama keluarga. Selain membawa anak-anak melihat air terjun di Hutan Lipur Jeram Toi, bersiar-siar di sekitar Taman Tasik Seremban dan merasai sendiri keindahan Masjid Sri Sendayan, di sini juga terdapat pelbagai pilihan makanan halal untuk anda cuba.

Kuala Lumpur – Janda Baik (60 Minit)

via Oh Bulan

Selain Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting, Janda Baik adalah salah satu pilihan destinasi untuk beristirahat sambil menghayati keindahan alam semulajadi bersama keluarga. Hanya satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, di sini terdapat banyak pilihan penginapan menarik yang sesuai dengan bajet anda.

Kuala Lumpur – Bukit Tinggi (60 Minit)

via Klook

Terletak di tengah hutan hujan yang subur di Bentong, kampung yang diilhamkan oleh Perancis ini memberikan suasana seakan-akan anda berada di negara Eropah. Cuaca yang nyaman dan sejuk seolah-olah memberikan satu suana baru untuk anda dan keluarga.

Kuala Lumpur – Sekinchan (1 Jam 23 Minit)

via Seven Pie

Sebaik sahaja anda tiba di Sekinchan, terdapat banyak tarikan yang boleh anda cuba. Selain Galeri Seni 3D dan Pantai Redang, anda juga boleh memilih untuk mengunjungi kilang pemprosesan padi dan perkampungan nelayan Sungai Burong.

Untuk yang inginkan kelainan, anda boleh mencuba menginap di Padi Box dan berbasikal di sekitar sawah padi di sini.

Kuala Lumpur – Ipoh (2 Jam 30 Minit)

via Lonely Planet

Ipoh merupakan tempat yang penuh dengan makanan halal yang lazat. Di sini anda akan terpesona dengan struktur bangunan yang lama dan unik.

Sekiranya anda berhajat ke negeri ini, jangan ketinggalan untuk untuk menaiki bot dan berbasikal di sekitar Taman Rekreasi Gunung Lang atau mengunjungi Kellie’s Castle.

Diharapkan idea di atas dapat memberikan sedikit gambaran untuk percutian seterusnya bersama keluarga. Tidak perlu jauh, cukup dengan melawati kawasan yang berhampiran dengan anda.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
lokasi sekitar KLpercutian bajetpercutian murahpercutian sekitar KLpercutian singkattempat sekitar KL
https://lomp.at/8iqi4
Share23Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem