Tuesday, September 26, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Budaya

Ini Antara 5 Jenis Perangai Pelancong, Anda Yang Mana Satu?

by Jash Lee
June 27, 2020
54
KONGSIAN
Share on Facebook

Perkataan “pengembaraan” membawa maksud yang berbeza bagi setiap pengembara. Bagi sesetengah orang, ini adalah cara untuk bersantai dan menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga atau rakan, sementara yang lain mungkin merupakan sebagai peluang untuk penerokaan dan pengembaraan dalam seumur hidup. Dan jika anda berada di situ dan mengatakan ” Oh, saya mungkin bukan jenis yang suka mengembara,” tapi percayalah, anda memang boleh dan akan suka.

Di sini, kami telah mengenal pasti 5 jenis pelancong yang biasa kita lihat dan kami yakin anda mungkin salah satu daripadanya.

Penggemar Sejarah

via Unwritten

Pelancong jenis ini adalah yang sangat suka mengunjungi mercu tanda bersejarah dan budaya yang mungkin kita hanya pernah mendengar tetapi tidak pernah memahami akan kepentingan dan sejarah sesuatu tempat. Mereka suka meneroka dan ingin kembali ke masa lampau dan lari dari dunia moden buat seketika. Penggemar sejarah akan mengembara lokasi-lokasi bagi mendalami semua fakta yang kurang dikenali dan meraka juga sanggup untuk membayar pemandu persendirian bagi membawa mereka mengembara ke seluruh bandar. Pelancong jenis ini juga amat menghargai jika mereka dapat bermalam seperti di istana lama atau titik sejarah yang lebih serius (seperti tempat-tempat berhantu) bagi merasai sendiri pengalaman berada di sana.

Penggemar Makanan

voa Forbes

Pelancong jenis ini umpama “isi dengan kuku” jika digandingkan dengan makanan. Mereka tidak akan dapat dipisahkan dan mereka tidak akan pernah ‘kelaparan’ kerana makanan sentiasa bersama mereka. Objektif utama mereka adalah untuk menerokai setiap jenis hidangan sebanyak mungkin di setiap tempat yang mereka lawati. Pengembara makanan bukan sahaja akan menikmati setiap makanan malahan mereka juga sanggup mengikuti kelas masakan dan akan mencuba sendiri memasak masakan yang mereka suka dan merasai sendiri pengalaman menyediakan hidangan di tempat pelancongan mereka.

Pelancong jenis ini juga sanggup ‘menembusi dinding’ hanya untuk mengejar kepuasan menikmati makanan apatah lagi jika makanan tersebut sentiasa menjadi sebutan pengunjung lain.

Pengembara

via tegelinang

Pengembara yang suka untuk melawati kawasan-kawasan terpencil dan destinasi yang unik yang belum pernah dijelajahi dan diterokai. Mereka suka meneroka alam semulajadi, tinggal di kawasan bukit bukau, tasik dan minat untuk aktiviti ‘hiking’ dan sebagainya. Tapi untuk pengembaraan seperti ini, anda harus memastikan untuk membawa kasut yang sesuai untuk melakukan pendakian melalui jalan-jalan hutan atau tanah serta juram yang licin. Mental dan fizikal juga mesti cukup bersedia untuk setiap pengalaman yang mungkin pelancong lain kurang menggemarinya tapi “you’ll need it!”

Gemar Membeli Belah

via SBS

Ini bukanlah orang yang gemar melakukan perjalanan dan pengembaraan dalam panas cahaya matahari, tetapi mereka sebenarnya suka untuk memperkenalkan diri pada dunia bahawa mereka adalah pembeli profesional dengan pakaian yang hebat bersama beg tangan berjenama. Pelancong seperti ini biasanya mengetahui semua tempat ‘panas’ yang menyediakan tawaran terbaik untuk pelancong dan mereka tahu setiap pelusuk tempat membeli belah dengan bergaya seakan-akan mereka adalah penduduk tempatan.

Pelancong seperti ini juga akan menghargai setiap seni dan kraftangan orang tempatan dan sentiasa mencari pereka fesyen tempatan, pembuat kraftangan malahan mereka juga akan ke kilang untuk dikunjungi dan membeli belah terus dari kilang. Sekiranya anda melancong dengan ‘shopaholic’ seperti ini, pastikan anda juga bersiap sedia secara mental dan fizikal untuk semua perhentian membeli-belah yang akan mereka lalui dengan lancar seperti ada di dalam jadual perjalanan sambil memesan minuman dari ‘Starbucks‘.

‘Instagrammer’

via vitdaily

Sekiranya anda melakukan perjalanan dengan ‘instagrammer‘, maka bersiap sedialah untuk banyak berhenti di pelbagai tempat yang mereka rasa layak dan sesuai untuk instagram mereka sekurang-kurangnya 30 minit sebelum beralih ke tempat lain. Jika anda juga mempunyai minat yang sama, ‘Instagrammer‘ adalah orang yang paling ideal untuk diajak melancong kerana anda dan mereka hanya gemar mengumpul apa sahaja yang menarik secara estetika yang mungkin subjek tersebut dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya 200 ‘like‘, then you’re good to go. 

Pelancong jenis ini juga gemar mengembara hanya untuk mendapatkan dan mencari sudut yang indah serta menarik untuk gambar yang bakal mereka ambil dan setiap ‘shot‘ yang menarik pasti akan dikongsi di instagram untuk meraih ‘like’ yang banyak. Ini akan secara automatik menjadi satu kepuasan dalam perjalanan pemgembaraan mereka.

Jadi, anda yang mana satu? Tidak kiralah anda jenis pengembara yang bagaimana, hanya persiapkan semua senarai aktiviti bagi melancarkan pengembaraan anda. Ini juga akan membantu perjalanan tanpa masalah dengan menangani semua keperluan seperti penginapan, pengangkutan dan makanan agar perjalanan anda menjadi lebih menarik dan lancar seperti yang diinginkan.

Sumber: Vitdaily

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER jenispengembarapengembaratravel
Share28Tweet11SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Destinasi Pilihan Rakyat Malaysia Tahun Ini Ialah Kuala Lumpur Dan Singapura
Jalan-Jalan

Destinasi Pilihan Rakyat Malaysia Tahun Ini Ialah Kuala Lumpur Dan Singapura

by Aphit J.
September 23, 2023
Taman Tema Genting SkyWorlds Menerima Pengiktirafan Dari MOTAC
Jalan-Jalan

Taman Tema Genting SkyWorlds Menerima Pengiktirafan Dari MOTAC

by Aphit J.
September 17, 2023
Menurut Tinjauan AGODA, 5 Hal Ini Paling Dibenci Oleh Penumpang Ketika Menaiki Pesawat
Jalan-Jalan

Menurut Tinjauan AGODA, 5 Hal Ini Paling Dibenci Oleh Penumpang Ketika Menaiki Pesawat

by Aphit J.
September 16, 2023
[GAMBAR] MINILAND Amazing Malaysia Di LEGOLAND Memang “Real”! Ambil Masa 14,000 Jam Untuk Dibina
Jalan-Jalan

[GAMBAR] MINILAND Amazing Malaysia Di LEGOLAND Memang “Real”! Ambil Masa 14,000 Jam Untuk Dibina

by Phic ARMAN
September 14, 2023
Sleeping Lion Suites Rasmi Dibuka, Hotel Terbaharu Di Tengah-tengah Bukit Bintang
Jalan-Jalan

Sleeping Lion Suites Rasmi Dibuka, Hotel Terbaharu Di Tengah-tengah Bukit Bintang

by Phic ARMAN
September 13, 2023
Michelle Yeoh Tercalon Dan Bakal Dilantik Sebagai Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
Antarabangsa

Michelle Yeoh Tercalon Dan Bakal Dilantik Sebagai Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

by Aphit J.
September 10, 2023
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Noor Nabila Akhirnya Buka Mulut Isu Cerai-“Sepatutnya Kita Pasangan Suami Isteri…”

  2. 2

    “Sejuk Mata Memandang”-Ramai Yang Ingin Berpenampilan Seperti Zizi Kirana!

  3. 3

    [VIDEO] Tokti Sebak Sehingga Tidak Mampu Untuk Menyanyi Kerana Teringat Afiyah?

  4. 4

    Menangis Pada Konsert Jelajah Terakhirnya Bersama Blackpink!-“Lisa Kini Bergerak Solo?”

  5. 5

    Ustaz Wadi Annuar Jelas Hukum Kak KM Maki Suami Meskipun Sedang Marah, Ke Nereka Tempatnya Jika Tidak Bertaubat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan