Kepada peminat realme, sure korang tak sabar tunggu realme Malaysia akan mengumumkan secara rasminya realme C11 pada esok hari jam 11 pagi, 30 Jun 2020.
Kitorang rasa, smartphone keluaran realme yang terbaru kali ini akan mempunyai reka bentuk berbeza dari smartphone realme sebelum ini.
Mesti korang tertanya-tanya apa agaknya yang canggih sangat dengan realme C11 ini? Jom kitorang nak kongsikan sedikit beberapa maklumat tentang realme C11 yang boleh buat anda teruja untuk beli nanti.
Bateri 5,000 mAh
Yang kaki movie tu, lagi-lagi yang rajin layan Netflix atau Youtube, mesti korang nak pastikan bateri smartphone korang tak cepat habis bateri kan? Memang kacau kalau tengah-tengah layan movie, masa tu pula bateri kong!
Nah, realme C11 ni, dia bagi bateri 5,000 mAh. Ke korang rasa tak cukup lagi? Seperti yang kitorang baca di Facebook rasmi diorang, realme C11 ni boleh bertahan hingga 21 jam lebih, kalau tengok movie non-stop ok? Kalau dalam Standby Mode, bateri realme C11 boleh bertahan sehingga 41 hari. Terbaik tak?
Nak lagi power, fungsi baru yang lain yang boleh dapat dekat realme C11 ni adalah OTG Reverse Charge. Benda ni membolehkan korang mengecas telefon pintar lain dengan menggunakan peranti ini. Kiranya macam powerbank lah.
Reka Bentuk Trendy
Dah puas hati dengan bateri, macam mana pula dengan reka bentuk realme C11 ni? Kitorang tiada masalah dengan reka bentuk realme C11 ni. Dah molek sangat dah tu!
Skrin realme C11 ini 6.5 inci. Kemudian korang akan nampak atas skrin tu ada bentuk teardrop, macam titisan air gitu. Wow, So seksi!
Dekat bahagian belakang, korang akan dapat lihat dua biji kamera dengan lampu flash sekali dalam bentuk empat segi. Nampak terletak kemas di hujung kiri sudut peranti. Jadi nampaklah smartphone ini premium dan lebih moden.
Untuk warna pula, realme C11 akan tersedia dalam 2 warna menarik, Mint Green dan Pepper Grey. Pilihlah ikut mana yang sesuai dengan jiwa korang, Mint Green tu macam sesuai untuk perempuan sebab warna dia lembut-lembut sikit. realme C11 ni kalau pegang memang selesa, tak rasa licin dan susah nak calar.
Kamera
Pasal kamera, tak payah nak sembang sangat lah. Kebanyakan kamera pada smartphone realme memang best. Untuk realme C11 ni, dia ada dua kamera belakang beresolusi 13 MP, siap ada lensa bokeh lagi.
Sementara kamera depan menggunakan sensor tunggal dengan resolusi 5 MP. Yang nak selfie kasi muka flawless tu, realme C11 siap ada AI Beauty, HDR untuk gambar lagi sharp. Yang Panoramic View pulak boleh lah nak ambil gambar satu keluarga. Semua muka boleh nampak.
Sebagai tambahan, peranti ini juga menyokong PDAF. Benda alah apa pulak tu? PDAF tu berfungsi untuk mengesan fokus dengan tepat. Selain itu ia mampu Zoom sebanyak 4 kali lebih dekat supaya membolehkan korang untuk mengambil gambar yang jelas dari jarak jauh.
Nightscape Mode
Nightscape Mode menjadi ‘senjata’ kalau nak ambil gambar waktu malam atau kat tempat yang gelap. Kalau tiada Nightscape Mode, alamatnya gambar selfie korang nampak gigi jer.
Nightscape atau dalam Bahasa Melayu panggil mod malam dapat kawal kecerahan bahagian yang diserlahkan dalam foto dengan lebih baik pada waktu malam. Fitur Nightscape Mode juga dapat berfungsi untuk kasi terangkan detail dalam kamera tu..
Kesan Bokeh
Mesti ramai yang suka kalau gambar selfie tu ada efek blur blur kat belakang kan? Barulah meletup kan? Benda ni semua boleh buat dengan smartphone realme C11. Untuk kesan Bokeh di realme C11, dua kamera di belakang dapat memberikan kesan bokeh yang lebih natural, justeru ia dapat membuatkan subjek lebih menonjol.
Memang kena sangatlah dengan slogan diorang iaitu ‘Dare To Leap’ sesuai dengan aspirasi realme untuk menjadi satu jenama lebih trendy dan bergaya. Sudah semestinya peranti terbaru realme C11 mampu menepati citarasa anak muda.
Walaubagaimanapun, maklumat lebih lanjut secara rasmi mengenai realme C11 akan muncul dalam beberapa jam lagi. Kitorang pun tak sabar nak tunggu harga yang ditawarkan oleh mereka.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.