• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

5 Jenis Tempat Pelancongan Yang Paling Bahaya Di Dunia

by Jash Lee
July 4, 2020
102
KONGSIAN
Share on Facebook

Biasanya setiap hujung tahun, pasti ramai yang akan mula merancang untuk pergi melancong bersama keluarga atau rakan. Ada yang melancong untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta, ada juga yang hanya melancong untuk membeli-belah, ada yang ingin merasai suasana baru di negara orang, tak kurang juga yang hanya ingin meneroka mencuba makanan yang tidak terdapat di negara sendiri.

Namun tahukah anda, terdapat golongan yang sentiasa ingin mencuba sesuatu pengalaman baru yang lebih ekstrem dan sebenarnya mereka sendiri tidak tahu risiko tempat-tempat yang mereka lawati itu sangat merbahaya. Malahan pelancong juga terdedah kepada risiko yang mungkin boleh meragut nyawa mereka sendiri.

Disini, ingin kami kongsikan beberapa tempat pelancongan yang paling merbahaya di dunia. Jom kita lihat.

Bugee Jumping Di Kawasan Yang Dipenuhi Buaya

via Flickr

Bugee jumping adalah salah satu sukan ekstrem yang sangat popular. Namun bugee jumping yang paling merbahaya di dunia adalah di Jambatan Victoria Falls diantara Zimbabwe dan Zambia.

Di sana, pelancong boleh melakukan bugee jumping dari ketinggian 111 meter ke perairan yang dipenuhi buaya dengan kaki yang akan terikat rapat. Risiko kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja walaupun langkah keselamatan telah diambil. Ditambah pula terdapat puluhan buaya di bawah jambatan yang sentiasa menunggu untuk menyambar mangsanya.

Seorang pelancong dari Australia, Erin Langworthy yang sedang bercuti bagi menyambut tahun baru pada 2011 telah mengalami sesuatu yang tidak diingini dan hampir meragut nyawanya apabila tali lompatan telah tersangkut pada batu. Namun nasib menyebelahi dirinya apabila dia selamat dan hanya cedera ringan walaupun dia harus berenang dengan kaki yang terikat dan harus melepaskan tali yang tersangkut di batu.

Pengalaman seperti ini pasti mengujakan dan sentiasa menjadi memori hitam kerana ia juga boleh meragut nyawa.

Lawatan Kilat- Venezuela

via Mattop’s Blog

Kilat adalah satu fenomena semulajadi yang amat menakutkan dan menakjubkan. Namun, masih ada satu lawatan khas yang disediakan untuk melihat kilat di Venezuela tempat di mana Sungai Catatumbo bertemu dengan Tasik Maracaibo.

Tempat misteri ini dikenali sebagai ‘ibu negara’ kilat di dunia dan secara tidak rasmi menjadi rumah untuk ‘ribut yang kekal’. Biasanya pengunjung akan mengunjungi kampung-kampung setempat, safari malam untuk melihat buaya, ular dan burung dengan sudah tentu agenda utamanya adalah bagi melihat petir yang sabung-menyabung.

Kilat yang memencar dari beberapa batu jauhnya, Kota Maracaibo mengalami sabungan 1,000 kilat pada setiap jam. Namun kilat bukanlah satu-satunya fenomena yang tidak asing bagi penduduk Maracaibo kerana ribut dan angin puting beliung juga selalu terjadi di daerah ini. Terdapat kira-kira 260 hari kilat yang akan berlaku dalam setahun.

Keadaan ini akan membuatkan semua yang menyaksikannya pasti akan terleka dan merasa seronok serta lupa akan risiko bahaya yang boleh datang tanpa isyarat. Badai yang datang secara tidak menentu seperti ini dan boleh beralih arah pada bila-bila masa sahaja pasti boleh membunuh ratusan malahan ribuan orang yang menontonnya sekaligus.

Lawatan Bot Lava Gunung Berapi

via Iluminasi

Dapat menyaksikan lava yang mengalir dari dekat adalah satu pemandangan yang tidak semua orang boleh dapat dan ini pasti akan menjadi sesuatu yang mengujakan.

Di Hawaii, terdapat lawatan bot lava yang akan membawa pelancong cukup dekat bagi mendengar dan merasakan panas lava ketika mengalir ke air laut dan menyejukkan. Lawatan seperti ini kedengaran sangat menarik namun ianya juga sangat berisiko.

Sudah jelas bahawa lava itu sendiri sangat berbahaya dan jika seseorang itu berada dalam jarak yang dekat dengannya, ia boleh dianggap sesuatu yang tidak masuk akal. Dengan menaiki bot yang dekat dengan lava panas sudah tentu boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Pada bulan Julai 2018, satu letupan yang telah melepaskan batu lebur dan menghujani sebuah bot telah mencederakan 23 pelancong ketika batu cair dan panas meleleh melalui bumbung bot.

Walaupun kejadian seperti ini pernah berlaku, namun syarikat pelancongan tersebut masih tetap meneruskan perkhidmatan mereka ini, namun berpegang kepada dasar yang telah dipinda oleh Coast Guard.

Lawatan Puting Beliung

via WKU News Blog

Disebabkan Chasters Storm Discovery Channel, lawatan puting beliung telah berkembang pesat dan semakin popular. Walaupun bayaran yang dikenakan sangat mahal, namun pelancong masih sanggup membayarnya bagi mencapai impian mereka untuk menyaksikan sendiri satu keadaan yang paling unik yang sebenarnya keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya bencana alam.

Puting beliung yang terjadi biasanya pada bulan April hingga Julai, di sekitar Amerika Syarikat setiap tahun, peminat cuaca yang melampau ini akan berpusu-pusu ke tempat yang digelar ‘Tornado Alley’ yang merupakan laluan puting beliung yang kerap terjadi.

Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh udara yang kering dari Kanada dan Mexico Plateau dan bertembung dengan udara lembap dari Teluk Mexico untuk menghasilkan situasi ribut petir dan puting beliung.

Para pelancong boleh merasai sendiri pengalaman sekali dalam seumur hidup untuk menyaksikan puting beliung yang sangat berisiko dan pelancong boleh berhadapan dengan bahaya yang tidak dapat dijangka.

Pada tahun 2013, satu insiden yang tidak diingini telah berlaku kepada 3 pelancong di Oklahoma dan 3 lagi di Texas ketika ribut yang berlaku pada tahun 2017. Puting beliung boleh berubah arah dengan tiba-tiba tanpa memberi kita sebarang tanda amaran.

Lawatan Medan Perang

via Liputan6.com

Sebuah syarikat yang dikenali sebagai War Zone Tours (WZT) telah mengadakan lawatan lebih dari 50 negara yang berbeza sejak ia ditubuhkan pada tahun 1993. Semua lawatan yang dijalankan dan dirancang khas bagi memenuhi pengalaman yang diinginkan oleh para pelancong dan diketuai oleh pemandu pelancong yang profesional dan terlatih.

Bagi mereka yang sukakan pengalaman yang ekstrem dengan ekspedisi bersiar-siar melalui destinasi yang masih atau pernah menjadi medan perang. Ini adalah lawatan zon medan perang yang sangat merbahayakan nyawa. Pelancong dapat menyaksikan kesan peperangan secara langsung termasuk aksi dan letupan di beberapa tempat peperangan. Lawatan seperti ini banyak terdapat di kawasan yang berbeza seperti Iraq, Mexico dan Afrika.

Terdapat satu kejadian yang berlaku pada tahun 2016, dimana 8 pelancong hampir terbunuh apabila bas mereka dihentam peluru berpandu oleh roket di Afganistan.

Lawatan di kawasan medan perang seperti ini amat tidak disarankan untuk tujuan pelancongan kerana risikonya amat merbahaya dan boleh membunuh.

maracaibo hawaii zimbabwe zambia tempatmerbahaya
https://lomp.at/j07h4
Share43Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Budaya

“Berita Baik Tok Untuk Kitak Orang Sarawak”- 5 Pengumuman Menarik Dari AirAsia Sempena Lan Berambeh Anak Sarawak 2025

by Phic ARMAN
October 17, 2025

Mun kitak orang Sarawak yang lamak sik pulai, berita tok confirm buat kitak senyum sampai telinga. AirAsia sekali lagi tampil...

Read more
Destinasi

AirAsia Perkenal Laluan Baharu Kuala Lumpur–Semarang

AirAsia Malaysia (AK) kini melancarkan laluan terus dari Kuala Lumpur ke Semarang, menjadikan syarikat ini sebagai syarikat penerbangan tambang rendah...

Read more
by Aphit J.
September 7, 2025
Hotel

Cuti Umum Tambahan Dorong Peningkatan Dramatik Carian Percutian di Agoda

Pengumuman cuti umum tambahan pada 15 September sempena sambutan Hari Malaysia telah mencetuskan keterujaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan cuti...

Read more
by Aphit J.
August 23, 2025
Destinasi

AirAsia Perkukuh Hubungan Serantau Dengan Laluan Baharu ke Pontianak

AirAsia (kod AK) terus meluaskan rangkaiannya dengan pelancaran dua laluan baharu yang menghubungkan Pontianak, Indonesia dengan Kuching dan Kuala Lumpur....

Read more
by Aphit J.
September 13, 2025
Destinasi

6 Tahun Lepas COVID-19, Tony Fernandes Kongsi Khabar Gembira- “Hari Ini, Detik Amat Bermakna’

Ingat lagi masa zaman COVID-19 dulu? Kapal terbang semua tersadai, lapangan terbang sunyi, ramai hilang kerja termasuk staf AirAsia. Masa...

Read more
by Phic ARMAN
October 30, 2025
Destinasi

Destinasi Sekunder di Malaysia Jadi Tumpuan Sempena Hari Pelancongan Sedunia

Menjelang sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025, Malaysia sebagai tuan rumah rasmi menyaksikan peningkatan ketara dalam carian pelancong terhadap destinasi sekunder...

Read more
by Aphit J.
September 20, 2025
Berita

68 Tahun Merdeka: Batik Air Ceriakan Penumpang Dengan Kejutan Istimewa

Semangat Merdeka bukan saja berkobar-kobar di darat, tapi sampai terbang tinggi ke awan bila Batik Air buat kejutan manis untuk...

Read more
by Phic ARMAN
August 31, 2025
Destinasi

Kembalikan Nostalgia Tunai Umrah Naik Kapal, Aroya Cruise Berganding Dengan 5 Agensi Terpercayai

Bayangkan suasana petang di Hemisfera Luxury Sky Hall, KL Tower,  pemandangan kota Kuala Lumpur yang memukau dari ketinggian, dan dewan...

Read more
by Phic ARMAN
October 2, 2025
Destinasi

Ada Apa Dengan Banjarmasin? AirAsia Buka Laluan Terus Dari Kuala Lumpur

Pernah dengar nama Banjarmasin? Kalau belum, inilah masa terbaik untuk mengenalinya. Kota yang terletak di Kalimantan Selatan ini kini boleh...

Read more
by Phic ARMAN
October 21, 2025
Destinasi

Pengalaman Umrah Super Ekonomi Dengan Ikhlas, “Harga Macam Tak Masuk Akal Tapi Yang Pergi Jer Tahu…”

Kalau sebut Umrah bajet, ramai terus terbayang hotel jauh, makanan roti keras, dan jadual serba ringkas. Tapi bila kami di...

Read more
by Phic ARMAN
October 28, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tutorial Tudung ‘Ala Brunei’ Dari Fazura Raih Perhatian Ramai-“Cantiknyaaa”

  2. 2

    [VIDEO] Dato Seri Vida Tunjuk Barangan Di Bilik Tidur Cik B, Buatkan Ramai Teruja

  3. 3

    Pengakuan Berani Brook Lynn Pernah Dilamar Sultan Dari Malaysia,-” Saya Ditinggalkan Terkapai-kapai”

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Lucu Elly Mazlein Merajuk Kena ‘Palau’ Dengan Suami, Cetus Rasa Terhibur Netizen & Rakan Selebriti!

  5. 5

    [VIDEO] Sesi Fitting Baju Resepsi Amira Othman & Fattah Amin, Buatkan Ramai Teruja

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem