Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Resipi Rahsia Tepung Goreng Pisang Sentiasa Rangup Walaupun Dah Sejuk

by Amirul Fikry
July 4, 2020
556
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang tak suka goreng pisang kan? Sedapnya bila makan panas panas, cicah pula dengan sambal kicap. Yang lagi mantap bila bunyi krupp krapp. Resipi yang kami nak kongsikan kali ini ialah resipi rahsia goreng pisang yang bila dah sejuk pun masih lagi rangup.

via Netralnews.com

Jom kita lihat resipinya

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  • 2 cawan tepung beras cap gajah
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 4-5 ketul ais kiub
  • 1 sudu kecil pewarna kuning, boleh juga guna kunyit kalau suka.
  • Air yang sejuk
  • Sedikit kapur makan (dibancuh dengan 1 sudu air)

Cara Untuk Membuatnya

  • Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecuali ais batu dan air sejuk. Gaul sebati kemudian masukkan ais dan masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Adunan jangan terlalu cair.
  • Cara nak goreng pula, guna api yang sederhana besar dan pastikan minyak betul-betul panas.
  • Masukkan pisang yang telah disaluti tepung tadi, masa menggoreng, jangn kecilkan api. Biar api dengan tahap yang sama. Bila tepung kelihatan kekuningan, angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan.
via Khalifah Media Network

Resipi Bonus Sambal Kicap

  • 12 biji cili padi
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar gula merah
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan air

Cara-caranya

  • Masukkan semua bahan dan kisar sehingga halus. Masak atas api sehingga pekat. Resipi sambal kicap ini, rasa pedas pedas manis. Kalau suka lebih pedas, boleh tambah lagi cili padi. Memang sesuai untuk dimakan bersama goreng pisang yang rangup

Selamat mencuba!

gorengpisangrangup sambalkicap
https://lomp.at/82jkz
Share221Tweet138SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem