Sebut sahaja filem seram, pelbagai jenis filem seram yang bermain dalam minda. Antaranya, filem seram Thai, filem seram Korea, dan filem seram Jepun.

Tetapi adakah anda pernah menonton filem seram Turki? Filem seram Turki juga mampu membuatkan anda termimpi-mimpi akan wajah-wajah seram tersebut. Melalui laman Twitter Jom Kita yang membuat perkongsian senarai filem seram Turki yang anda boleh tonton.

IKLAN

1Beddua

via Twitter Jom Kita

Beddua atau The Curse filem seram Turki arahan Alper Mestci mengisahkan empat orang rakan sekolah bernama Melek, Burcu, Eda, dan Ayla yang mana masih kekal BFF walaupun sudah tamat graduasi. Namun, hidup mereka berubah apabila mereka berjumpa dengan seorang bomoh bernama Havel. Seorang demi seorang mati disebabkan sumpahan oleh bomoh jahat itu. Mereka harus mencari jalan untuk memusnahkan sumpahan tersebut sebelum terlambat.

Yang lebih menyeramkan, filem ini adalah berdasarkan kisah benar.

2Bezm-i Ezel

Via Twitter Jom Kita

Filem Bezm-i Bezel arahanAykut Can Demirel mengisahkan tentang sepasang kekasih bernama Yasemin dan Mustafa yang berasal dari pelbagai agama berkongsi rumah yang sama di Izmir. Impian Yasemin yang ingin melalui kehidupan biasa bertukar menjadi mimpi ngeri. Kejadian paranormal yang dialaminya pada masa lalu menyebabkan beliau menghadapi derita tekanan yang dahsyat. Mustafa cuba untuk menenangkan Yasemin, tetapi pada masa yang sama beliau risau akan keadaan wanita yang disayanginya.

Apakah kesudahannnya? Adakah Yasemin dapat diselamatkan?

3Vampiria

Via Twitter Jom Kita

Filem arahan Hasan Karacadag yang mengisahkan Olivia, seorang wartawan yang berpangkalan di New York memulakan perjalanan beliau ke Turki apabila mendapat berita bahawa adiknya sedang hamil. Marla telah memutuskan hubungannya dengan seseorang tetapi ingin menjaga bayinya yang masih dalam kandungan. Dan dari situlah pelbagai perkara jahat mula berlaku…

4Ummu Sibyan

Via Twitter Jom Kita

Filem arahan Efe Hizir yang mengisahkan sekumpulan rakan menyelinap ke dalam sekolah mereka untuk mengadakan parti. Mereka mengadakan sebuah ritual tanpa mengetahui kejahatan yang sedang menanti mereka..

5Ecinni

Via Twitter Jom Kita

Filem arahan Mehmet Saglam yang mengisahkan seorang wanita bernama Melike menemui kekuatan baru dalam dirinya dengan kehadiran orang-orang baru dalam hidupnya. Namun, berlaku satu peristiwa yang mana Yilmaz, Sinan, Eda, dan Selma ingin membuka kubur seorang biarawati Armenia yang dikebumikan 400 tahun yang lalu.

Apakah yang terjadi kepada mereka? Mengapa mereka ingin membuka kubur biarawati Armenia tersebut?

6Kapalak Kizi

Via Twitter Jom Kita

Filem arahan Fatih Gurler dan Ramazan Ozer mengisahkan tiga orang rakan memasuki ke dalam sebuah bangunan tertinggal. Dan dari situ pelbagai kejadian telah menghantui mereka….

Apakah kejadian yang berlaku pada mereka? Mengapa mereka ingin memasuki bangunan tersebut?

7Kapidaki Sir

Via Twitter Jom Kita

Filem arahan Mehmet Ali Zaim mengisahkan suami wanita yang membuat perjanjian dengan cult kira-kira 200 tahun yang lalu. Lelaki tersebut telah melanggar perjanjian membayar dengan nyawanya sendiri..

Apakah perjanjian yang dilakukan? Apa yang menyebabkan beliau melanggar perjanjian?

IKLAN

8Zuzula

Via Twitter Jom Kita

Filem arahan Ercan Er mengisahkan Ada yang dibesarkan di asrama disebabkan kematian ahli keluarga yang mencurigakan ketika beliau masih bayi. Ada meneruskan kehidupan di rumahnya sendirian. Ada melalui pelbagai halusinasi semasa berada di rumahnya. Ada mula mengesyaki bahawa apa yang sedang berlaku mempunyai kaitan dengan kematian keluarganya yang mencurigakan itu.

Apa yang menyebabkan kematian keluarga Ada?

9Azem 3: Cin Tohumu

Via Twitter Jom Kita

Filem arahan Hurcan Emre Yilmazer mengisahkan Zehra, seorang isteri yang cemburu meragui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan rakannya. Zehra merancang untuk melakukan sihir hitam oleh beberapa sheikh ganas untuk mendapatkan suaminya kembali.

Adakah Zehra mendapat suaminya kembali?

10Dabbe 4: Cin Carpmasi

Via Twitter Jom Kita

Filem arahan Hasan Karacadag mengisahkan Kubra yang dirasuki sesuatu yang tidak diketahui ketika melakukan persiapan untuk perkahwinannya. Untuk menyembuhkan Kubra, seorang psikitiari bernama Ebru yang juga rakan lama Kubra bekerjasama dengan penghalau syaitan untuk menyelamat Kubra. Apabila keadaan yang disangka berjalan dengan lancar bertukar menjadi salah..

Adakah Kubra berjaya diselamatkan?

Adakah anda berani untuk menonton filem seram Turki? Anda sudah bersedia untuk sembunyi di bawah selimut daripada wajah-wajah yang menakutkan?

Nantikan…