Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Terlalu Pedas! 7 Makanan Ini Dapat Hilangkan Rasa Pedas Yang Melampau

by Aphit J.
July 6, 2020
via Natural Ingredient

via Natural Ingredient

40
KONGSIAN
Share on Facebook

Rakyat Malaysia tidak asing dengan makanan pedas. Hampir setiap hari, makanan pedas merupakan menu wajib yang ada di atas meja makan.

Tetapi bagaimana pula dengan golongan yang tidak tahan dengan makanan pedas? Berikut adalah 7 makanan yang boleh anda makan untuk menghilangkan rasa pedas.

Produk Tenusu

via BCC Courier

Meminum produk tenusu seperti susu dan yogurt adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana produk yang berunsurkan tenusu mempunyai kandungan protein yang dapat menghilangkan dan mengurangkan haba pedas pada mulut anda.

Minyak Zaitun

via Thumbor

Minyak zaitun mempunyai bahan lemak yang dapat menyejukkan sekaligus dapat mengurangkan rasa haba pedas. Caranya amat mudah, ambil beberapa sudu minyak zaitun dan makan seperti biasa. Ini sekaligus dapat mencuci rasa haba pedas di lidah anda.

Gula Pasir

via Lark

Gula bertindak dengan cara menyerap minyak pedas yang terdapat di sekitar lidah dan mulut anda sekaligus menghasilkan rasa yang berbeza pada makanan pedas. Ambil sesudu gula pasir dan kemam di dalam mulut untuk meneutralkan haba pedas makanan.

Madu

via Times Now

Semua sedia maklum bahawa madu merupakan sumber makanan yang sangat berkhasiat. Selain daripada memberikan kesan baik terhadap tubuh, rasa manis semulajadi dari madu dapat meredakan haba pedas pada lidah.

Mentega Kacang

via Havart Health

Sama seperti minyak zaitun, kandungan lemak yang terdapat pada mentega kacang dapat meneutralkan rasa pedas pada makanan. Caranya adalah dengan memakan satu sudu mentega kacang dan kemam di dalam mulut. Tetapi perlu berhati-hati bagi yang allergi terhadap kekacang.

Makanan Berkanji

via Bigger Bolder

Makanan berkanji seperti nasi dan roti bukanlah berfungsi untuk meneutralkan rasa pedas, tetapi lebih berfungsi sebagai bahan untuk mengurangkan kesan haba pedas pada lidah. Ini sekaligus dapat menghentikan rasa tidak enak pada lidah.

Jus Lemon

via India TV

Pasti ada yang tidak pernah cuba menghilangkan rasa pedas dengan meminum jus lemon bukan? Selain sedap sebagai minuman harian, jus lemon yang bersifat alkali dapat meneutralkan rasa pedas makanan.

Jadi tidak perlu rungsing lagi selepas ini, sekiranya anda memakan pedas. Makanan yang ada pada senarai di atas sangat mudah di dapati di dapur anda.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
bahan hilangkan rasa pedascara menghilangkan rasa pedasmakanan menghilangkan rasa pedaspetua hilangkan pedas
https://lomp.at/763de
Share18Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem