Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Keunikan YonnyBoii Dipuji ‘Otai Muzik’

by Khai Azfar
July 2, 2020
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Bakat baharu, YonnyBoii semakin mendapat tempat di dalam industri muzik. Siapa sangka lagu-lagu dendangannya seperti Sakit (duet bersama Zynakal), Biar, Salahku dan Tujuan menjadi siulan anak muda dan antara yang cukup popular dimainkan di corong radio kini.

Dipuji Otai

Tidak hairanlah keunikan suara lunak serak basah empunya nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin ini dipuji oleh seorang figura seni yang cukup disegani dalam industri muzik. Menurut figura tersebut, dia terpesona apabila pertama kali mendengar lagunya diberi nafas baru oleh Yonny ketika menyertai sebuah program realiti televisyen yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Malah, dia juga memuji tidak ramai penyanyi memiliki bakat semula jadi seperti nya selain mendoakan agar penyanyi berusia 22 tahun ini dapat mengembangkan lagi bakatnya di dalam industri.

“dia mempunyai suara yang unik bila saya dengar tadi. saya tak tahu lagu lain macam mana tapi bila dengar gubahan lagu saya tadi sangat sedap bunyinya, lain. Bukanlah sempurna bagi keseluruhannya, namun sekiranya dia ada kemahiran yang lebih lagi, dia boleh pergi jauh lagi dengan lagu yang sesuai dengannya”

Muncul Lagu Duet Bersama Azlan 

Dalam perkembangan lain, Yonny kini muncul dengan duet terbaharu bersama penyanyi Azlan Typewriter yang berjudul Kelabu. Karya usahasama sulung Universal Music dan Indigital Music ini secara tidak langsung menyaksikan gabungan artis generasi lama dan baru yang sekali gus memberi cetusan segar yang diharap dapat menambat hati peminat muzik tempatan.

Sebagai rekod, lagu Kelabu ini pernah tular sekitar Oktober 2019 selepas demo yang dinyanyikan sendiri YonnyBoii bocor di laman maya.

“Saat dipelawa untuk berduet dengan YonnyBoii, saya sendiri teruja untuk menjadi sebahagian daripada sejarah yang bakal dicipta ini. Sejak awal mendengar melodi lagu ini, ia sudah menambat hati saya. Malah saya boleh katakan ini sebagai satu eksperimen berbeza apatah lagi menyatukan dua generasi penyanyi.

“Bagaimanapun saya mengambil masa untuk menyatakan persetujuan terbabit menyanyikan lagu ini. Namun hingga kini, saya percaya keputusan untuk turut serta dalam karya ini bukan sia sia.

“Malah selepas dikaji dan diamati dengan mendalam gabungan suara kami ini, ia mungkin akan dapat memperkuatkan lagi metabolisma aura lagu berkenaan. Kami sebenarnya cuba saling melengkapi antara satu sama lain,” kata Azlan menerusi edaran media kepada pihak Murai.my

Menariknya lagu, rakaman lagu ini dibuat secara berasingan sekitar April lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

“Kebetulan rumah kami masing masing dilengkapi studio, jadi proses rakaman secara berasingan itu bukan masalah besar. Apatah lagi di saat penularan wabak pandemik Covid-19 hingga dikuatkuasakan PKP menuntut lebih banyak masa di rumah.

“Saya turut mengubah semula komposisi muzik ini. Proses memasukkan rakaman suara saya untuk lagu ini dalam tempoh lebih kurang enam jam. Saya perlu ambil masa ini untuk memastikan kualiti vokal sendiri disunting tanpa terlalu banyak proses suntingan.

“Malah untuk menambah ‘feel’, saya banyak membuat latihan telinga dengan kembali mendengar lagu berentak R&B dan rock sebagai rujukan serta ilham,” tambah Azlan

Lagu dan lirik video muzik Kelabu telah pun dilancarkan di semua platform muzik terpilih. Manakala video muzik rasminya pula dijangka dilancarkan sebulan kemudian. Sebagai rekod, video lirik tersebut kini berada di tangga ke-46 trending dan mendapat lebih dari 200 ribu jumlah tontonan di YouTube sejak dilancarkan pada 26 Jun 2020.

Yonnyboii Simpan Trauma Dibuli Sejak Sekolah, Kecewa Pembuli Langsung Tak Rasa Bersalah

YouTube video

Serentak dengan itu, kempen anti buli turut diadakan. Ia akan diadakan selama sebulan sebelum video muzik rasmi lagu ini dilancarkan kelak. Sempena dengan kempen itu juga, 30 orang pendorong atau influencer akan mendedahkan kotak misteri yang diterima mengandungi pendrive serta surat daripada mangsa buli. Buat peminat lagu ini atau mereka yang mahu berkongsi pengalaman kena buli, boleh menulis tanda pagar #KELABU #HentikanBuli.

YonnyBoii
https://lomp.at/bj38t
Share19Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Dalam usaha mengangkat semula karya malar segar ke dimensi baharu, penyanyi muda berbakat - Didie Shazry tampil dengan remake sebuah...

Read moreDetails
Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
Foto - The Fhase
Musik

“Andai” Dari The Fhase Bawa Kisah Tentang Rindu, Penyesala & Peluang Kedua

by Nurul A.
April 28, 2026

The Fhase kini kembali dengan single kedua mereka berjudul “Andai”. Ianya sebuah karya yang membawa pendengar menyelami emosi rindu, kehilangan...

Read moreDetails
Indonesia

UNGU Ubati Rindu Peminat Dengan ‘UNGU 3 DASAWARSA: Special Night In Kuala Lumpur’ 5 September Ini

by Naddy Joe
April 26, 2026

Tiga dekad dalam industri bukan sekadar satu angka, ia adalah perjalanan yang ditempa dengan jatuh bangun, evolusi dan ketahanan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  2. 2

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  3. 3

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara