Wednesday, February 1, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Pernah Buang Nama Bapa! Kisah Anak Gadis ‘Mr Bean’ Yang Ramai Tak Tahu

by Phic ARMAN
July 2, 2020
375
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelawak Hollywood Rowan Atkinson ternyata mempunyai anak perempuan yang cantik dan semakin dewasa. Lily Sastry Atkinson iaitu anak pelakon Mr. Bean dan Sunetra Sastry kini berusia 25 tahun dan dikhabarkan ingin mengikuti jejak bapanya.

Rowan Atkinson sangat berahsia dalam kehidupan peribadinya sehingga wajah Lily jarang ditonjolkan oleh orang ramai. Sebenarnya, anak perempuannya itu mempunyai bakat luar biasa dan sering dipuji oleh pengkritik filem.

Bergaduh Dengan Bapanya, Rowan Atkinson

Lily Sastry memang tidak mahu menggunakan nama belakang ayahnya sejak ibubapanya bercerai pada tahun 2015. Dilaporkan laman Who, Lily membuang nama Atkinson kerana dia kesal melihat ayahnya berkenalan dengan seorang gadis yang lebih muda 30 tahun.

Lily diketahui berminat dengan seni persembahan dan dia mengasah bakat itu sejak kecil lagi. Pada tahun 2004, dia dilihat berlakon dalam filem Tooth: Do You Believe in Fairies? dan berjaya mendapat watak utama.

Pernah Berlakon Sekali Dengan Bapanya Dalam Filem Mr. Bean’s Holiday

Rowan terkenal dengan aksi bodohnya dalam pelbagai filem Mr. Bean dan berjaya membuatkan Lily berminat untuk turut serta. Pada tahun 2007, Lily dan ayahnya berlakon dalam filem berjudul Mr. Bean’s Holiday.

Perceraian ibu dan bapanya menyulitkan lagi kehidupan Lily. Dia segera hilang dari media sosial dan membuat peminatnya tertanya-tanya. Sehingga kini, gadis itu masih lagi senyap dari media sosial.

Selain pandai berlakon, Lily juga pandai menulis lagu. Dia mengatakan bahawa dia mempunyai minat dalam bidang penulisan seperti puisi dan cerita yang kemudian akan ditambahkan dengan beberapa melodi.

Lama menyepi, akhirnya Lily mula berani tampil di khalayak ramai pada 2018 lalu. Pada masa itu, dia mahu mengeluarkan album muzik baru. Namun, poster untuk mempromosikan album tersebut malah mengundang pelbagai reaksi. Lily kelihatan tidak berbaju dan memakai skirt transparen.

Kerjayanya diketahui sangat disokong oleh bapanya. Malah, Lily juga sempat mencuba dunia kabaret dan membuat persembahan di sebuah kelab besar di London, The Pheasantry. Ini juga menjadikan kedua-duanya kembali berdamai setelah sebelumnya dikhabarkan bermusuhan kerana perceraian.

Di laman media sosialnya, dia juga kelihatan sangat misteri dan introvert. Sehingga kini, dia hanya memuat naik gambar berkaitan karya seni walaupun dengan mempunyai lebih daripada 32 ribu pengikut. Menurut Daily Mail, Lily Sastry dan Rowan Atkinson juga dikatakan telah berdamai dan mereka sering menghabiskan masa bersama.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Lily Sastry Atkinsonrowan atkinson
Share178Tweet82SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen
Hollywood

Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

by Aphit J.
January 22, 2023
Anak Tunggal Elvis Presley Juga Bekas Isteri Michael Jackson Meninggal Dunia
Hollywood

Anak Tunggal Elvis Presley Juga Bekas Isteri Michael Jackson Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
January 13, 2023
Michelle Yeoh ‘Sound’ Pemain Piano Semasa Beri Ucapan Menang Golden Globe
Hollywood

Michelle Yeoh ‘Sound’ Pemain Piano Semasa Beri Ucapan Menang Golden Globe

by Phic ARMAN
January 12, 2023
Wow! 5 Selebriti Barat Ini Mendapat Bayaran Tertinggi Di Instagram Pada 2022
Hollywood

Wow! 5 Selebriti Barat Ini Mendapat Bayaran Tertinggi Di Instagram Pada 2022

by Aphit J.
January 1, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  3. 3

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  4. 4

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  5. 5

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan