Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Tips

Kulit Muka Breakout? Ini Cara Rawatan Untuk Memulihkan Kembali Kulit Wajah

by Amirul Fikry
July 11, 2020
319
KONGSIAN
Share on Facebook

Semua orang pasti mendambakan kulit yang bersih, glowing tanpa cela kan? Tak kira sama ada perempuan atau lelaki. Kerana memiliki kulit yang sempurna akan meningkatkan lagi keyakinan diri seseorang.

Breakout adalah satu keadaan yang serius dimana jerawat yang tumbuh di muka asalnya hanya satu atau dua sahaja, namun ianya semakin merebak hingga ke seluruhan kulit wajah dan muka menjadi kemerahan, sakit, pedih dan ada juga yang bernanah.

Kesan sampingan lain pula adalah kulit muka akan menjadi berlubang-lubang. Jika ini terjadi, ia bukan sahaja menggangu fizikal seseorang malahan kita akan berasa kurang keyakinan diri, malu untuk berhadapan dengan orang sekeliling dan menjadi murung. Itulah yang sangat menjadi kerisauan setiap orang.

Tapi anda tak perlu risau kerana kami ada jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini.

Berhenti Menggunakan Produk Yang Baru Dicuba

via YouBeauty

Berhenti dari terus menggunakan produk penjagaan kulit yang baru dicuba untuk 5-7 hari, ini kerana kemungkinan besar produk yang digunakan adalah salah satu penyumbang kepada breakout. Teruskan kepada rutin penjagaan wajah yang asas iaitu pencuci muka, pelembap dan pelindung suria.

Anda digalakkan untuk menggunakan produk yang bahan-bahannya mengandungi pH yang rendah bagi meredakan kulit sepanjang proses rawatan.  Anda juga dinasihatkan untuk tidak membeli atau memakai produk yang menjanjikan kesan yang sangat cepat. Kesan yang cepat itu sebenarnya lebih bahaya kerana biasanya bahan-bahan yang terkandung adalah bahan yang terlarang atau bahan kimia yang kuat.

Jumpa Doktor Pakar Kulit Atau Dermatologist

via Clearly Basics

Perkara ini sangat penting kerana bagi kulit muka yang breakout, ada dua benda penting yang kita perlukan iaitu antibiotik yang disapu pada kulit muka dan sejenis krim yang dipanggil salicylic acid iaitu bahan untuk menghentikan dari berlakunya radang kulit.

Jika kita berjumpa dengan doktor pakar kulit, kita akan mendapat konsultasi yang lebih telus dan tepat berbanding kita hanya membeli produk dan pakai tetapi tidak tahu selok belok yang sepatutnya dilakukan, ini akan membuatkan kulit muka menjadi lebih teruk.

Dapatkan Rawatan Khas Untuk Kulit Breakout Di Medispa Atau Klinik Estetik

via FindHealthClinics

Pusat rawatan ini biasanya akan menyediakan perkhidmatan yang khas untuk bahagian kulit muka yang breakout. Contoh perkhidmatan yang disediakan adalah carbon laser, peeling yang sesuai untuk jerawat. Perkhidmatan yang diberikan juga adalah lebih selamat.

Minum Air Putih Secukupnya & Jaga Pemakanan

via Orange Country Register

Air memang sangat diperlukan bukan sahaja untuk tubuh badan malahan kulit wajah juga memerlukan air yang mencukupi sekurang-kurangnya dua liter sehari untuk menghasilkan kulit yang lebih cantik.  Dari segi pemakanan yang sihat juga penting dalam proses rawatan, kurangkan daripada mengambil makanan yang berminyak, bergoreng dan banyakkan mengambil makanan yang dikukus, dipanggang, direbus, sayur-sayuran, buah-buahan atau sup.

Makanan yang berserat tinggi juga membantu untuk mengurangkan jerawat seperti roti bijirin penuh, susu rendah lemak, tuna yang tinggi Omega3, ayam organik dan banyak lagi. Ada kajian yang menunjukkan, makanan yang tinggi kolesterol sebenarnya akan menyebabkan badan kita menghasilkan lebih banyak hormon-hormon yang berkaitan dengan stress hormon dan androgen yang mana perkara ini akan menyebabkan kulit makin mudah ditumbuhi jerawat lebih banyak dan sangat cepat.

Elak Dari Menggunakan Skrub Atau Physical Exfoliator Yang Memiliki Tekstur Kasar

via Kristen Arnett

Ini kerana semasa terjadinya iritasi pada kulit, kulit muka yang berjerawat biasanya akan bernanah, dengan penggunaan skrub yang bertekstur kasar akan akan menggalakkan lagi pembiakan bakteria pada kulit muka. Elakkan juga daripada menggunakan produk yang mengandungi bahan seperti menthol, alcohol dan perfume kerana bahan-bahan ini sangat berisiko untuk memberi iritasi pada kulit.

Elakkan Memicit Jerawat Menggunakan Jari

via Cari

Ini kerana tapak tangan dan hujung jari mempunyai bakteria yang sangat aktif. Adalah lebih baik jika anda menggunakan kapas atau terus sahaja berjumpa dengan pakar yang boleh menyelesaikan masalah jerawat di muka dengan lebih selamat seperti yang disarankan sebelum ini.

Bagi yang mengalami masalah kulit wajah atau breakout, pastikan anda mengamalkan rawatan yang kami kongsikan kali ini. Pastikan juga anda mendapat tidur yang cukup 7 – 9 jam, hindarkan stress, pastikan headphone yang digunakan sentiasa bersih, kerap salin cadar dan sarung bantal sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Jangan letakkan terlalu banyak produk di muka kerana kulit wajah juga perlukan rehat.

Selamat Beramal!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
breakout penjgaankulitwajah rawatanmukabreakout
https://lomp.at/83s1v
Share133Tweet78SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem