Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Bekas CEO Google Dedah Alasan Sebenar AS Menyerang Huawei

by Phic ARMAN
July 3, 2020
85
KONGSIAN
Share on Facebook

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Google, Eric Schmidt, yang kini bertugas sebagai salah seorang pemimpin di Pentagon, mengungkapkan alasan mengapa kerajaan Amerika Syarikat terus “menyerang” Huawei.

Menurut laporan dari BBC, Schmidt mengatakan bahawa Huawei adalah “ancaman terhadap keselamatan negara” bagi pemerintah AS. Schmidt juga menuduh bahawa syarikat berasal dari China itu menjadi mata-mata.

Eric Schmidt

Huawei dikatakan memberikan maklumat kepada China melalui “pintu belakang” yang ditanam pada perantinya dengan tujuan untuk mengintip AS.

“Huawei pasti akan mengamalkan amalan yang tidak dapat diterima dalam hal keselamatan negara,” kata Schmidt dalam wawancara dengan BBC.

Menurut Schmidt, sudah pasti bahawa maklumat yang diperoleh oleh Huawei dari perantinya akan berakhir di tangan kerajaan China.

“Ia benar-benar berlaku, kami percaya ia berlaku,” tambahnya. Schmidt juga menyebut bahawa Huawei adalah syarikat China yang terkenal di seluruh dunia dan mampu mencipta produk yang lebih baik daripada pesaingnya.

“Tetapi adalah hak kita untuk membuat pilihan, tetapi untuk menghukum sesebuah syarikat di atas kerjanya, itu bukan penyelesaian untuk menolong pengguna AS,” kata Schmidt dari laporan Phone Arena.

HUAWEI Nafi Tuduhan AS

Tuduhan itu segera ditolak oleh Naib Presiden Huawei UK, Victor Zhang. Dia mengatakan bahawa tuduhan yang disampaikan oleh Schmidt kepada Huawei sama sekali tidak benar.

“Tuduhan yang dibuat oleh Eric Schmidt, yang kini bekerja untuk kerajaan AS, sama sekali tidak benar dan tidak disokong oleh bukti konkrit. Kami bebas dari mana-mana kerajaan, termasuk kerajaan China,” kata Zhang kepada BBC.

Pada bulan Mei 2019, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat meletakkan nama Huawei dalam senarai hitam “Entity List”. Huawei tidak dibenarkan membeli semua jenis komponen dari syarikat AS tanpa kebenaran kerajaan AS.

Dasar itu merupakan tamparan besar bagi Huawei. Kerana, salah satu kesannya ialah Huawei tidak lagi dapat menggunakan perkhidmatan Google pada telefon bimbit buatannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/2jych
Share35Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem