Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Sesuai Sangat Untuk ‘Gamer’! realme X50 Pro 5G Lebih Pantas Dari Biasa

by Phic ARMAN
July 7, 2020
1.3k
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas realme baru jer lancarkan realme C11 minggu lepas, terbaru realme bakal keluarkan telefon pintar terbaru yang super ‘laju’ iaitu realme X50 Pro 5G.

Sebelum kitorang nak berceloteh panjang pasal kecanggihan smartphone ni, kena tahu harganya dulu ya! realme mengesahkan, realme X50 Pro 5G ditawarkan pada harga RM2,999. Korang boleh dapatkannya seunit secara eksklusif hanya di Lazada bermula 7 Julai 2020.

Kitorang berani cakap, dengan harga macam ni, memang berbaloilah untuk dimiliki. Sebabnya, smartphone ni antara yang terbaik dan super ‘laju’. Paling gempak, realme X50 Pro 5G ni satu-satunya telefon dari realme yang di sokong oleh cipset Snapdragon 865 5G. Giler hebat kan?

Snapdragon 865 5G

Kalau korang nak tahu, jenis cipset sesebuah smartphone tersangatlah penting. Kalau tak tahu pasal cipset, maka korang akan menyesal kemudian beli smartphone baru. Cipset ini penting sebab, benda ini macam ‘otak’ atau komponen penting yang menentukan bagaimana prestasi smartphone ketika digunakan.

Cipset yang realme benamkan dalam realme X50 Pro 5G ni bukan kaleng-kaleng ya! Prestasi akan jadi 25% lebih pantas. Korang rasa sesuai untuk siapa? Sure lah untuk gamer yang suka main PUBG, Mobile Legend dan sebagainya. Konfem korang boleh bermain dengan aman dan tenang tanpa ada gangguan teknikal di smartphone.

Cakap pasal main game ni, realme X50 Pro 5G ni mempunyai refresh rate mencapai 90Hz. Bila refresh rate lebih tinggi, akan bagi korang kepuasan semasa main game, paparan di skrin lebih lancar. Taklah tersekat-sekat!

Pemprosesan AI 2 kali Lebih Pantas

Foto: @Paanhanztech

Meh kita UP lagi! Bukan itu jer ya, realme X50 5G siap dengan pemprosesan AI dua kali lebih pantas jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya iaitu Snapdragon 855.

Chip Snapdragon 855 pun sebenarnya dikatakan mampu memproses imej yang lebih pantas dan mampu mengendalikan AI tiga kali lebih pantas. Bayangkan! realme X50 Pro 5G dua kali ganda. Gempak siot!

Penting sangat ke pemprosesan AI pantas? Kalau korang tak tahu AI atau istilah lain Artificial Intelligence ni sangatlah berguna. Lagi-lagi kalau korang suka bergambar dan menggunakan filter-filter unik dalam smartphone. Malah kalau ada AI proses dengan pantas, mudah untuk lensa fokuskan pada gambar yang di ambil.

Vapor Cooling Pro

Smartphone korang cepat panas? Masalah ni memang selalu kena pada kebanyakkan smartphone. Tapi realme X50 Pro 5G siap dengan sistem penyejukan 5D yang terdiri daripada bahan pengurangan haba.

Jadi tak perlu risau kalau main game lama-lama ya!

Untuk tambahan, realme X50 Pro 5G hadir sebagai telefon utama dunia yang menyokong rangkaian 5G, pengecasan SuperDart Flash Charging 65W, dan keseluruhan ada enam kamera.

SuperDart Flash Charging 65W

SuperDart? Ya, realme memang menggunakan istilah ini menamakan teknologi pengecasan pantas di smartphone diorang. Katanya, realme X50 Pro 5G ni boleh mengecas penuh hanya dalam 35 minit jer! Sekejap jer kan?

Jadi tak perlu lah nak tunggu lama sangat untuk cas smartphone korang tu ya! Lagi-lagi yang sedang bermain game.

Kesimpulannya, spesifikasi realme X50 Pro 5G bertaraf ‘dewa’. Prestasinya cukup puas hati dan tak perlu nak ragu-ragu lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
5GRealmerealme X50 Pro 5 G
https://lomp.at/3g550
Share569Tweet290SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem