Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Shuib Sepahtu Terkejut Bubble Bee Cetus Fenomena Baharu

by Khai Azfar
July 7, 2020
Share on Facebook

Siapa sangka bermula dari perbualan bersama rakan-rakan, impian selebriti versatil Shuib Sepahtu untuk membuka dan meluaskan empayar perniagaannya iaitu Bubble Bee kini tercapai.

Bermula Dari Gurauan 

Mendedahkan disebalik pembukaan cawangan terbaharu di Bangi, pemilik cawangan tersebut,Muhammad Imran Zulkafli berkongsi pengalamannya bersama Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad. Menurutnya, sebelum ini dia pernah berbual dengan Shuib yang mana pelawak itu berhasrat untuk membuka perniagaan berasakan minuman boba.

https://www.instagram.com/p/CCUen2IndJG/

Ketika itu, Imran berseloroh dengan beranggapan impiannya itu seperti mustahil untuk dilaksanakan. Namun, siapa sangka, di atas hasil usahanya Shuib kini telah berjaya membuka 5 cawangan Bubble Bee setakat ini, malah Imran sendiri merupakan salah seorang rakan kongsinya.

“Masa itu saya pergi ambil motor Shuib di rumahnya, dia meluahkan hasrat kepada saya untuk membuka bisnes baru iaitu minuman Boba. Confirm mati saya cakap. Selepas itu saya terfikir untuk sertai sekali sebab nampak apa yang Shuib bawakan dan berpotensi” kata Imran

Shuib Terharu

Bagi Shuib pula, dia sama sekali tidak menyangka serta terharu apabila Bubble Bee berjaya mencetuskan fenomena baharu. Di sebalik khabar berita penutupan beberapa jenama popular seangkatannya, Bubble Bee pula tidak putus-putus dikunjungi oleh orang ramai yang sanggup beratur panjang bagi mendapatkan minuman ini sejak pembukaan cawangan pertamanya di Shah Alam sekitar Disember 2019.

“Bila tengok produk-produk lain yang sama dengan saya, dalam hati terdetik ‘aku boleh beat diorang, aku boleh buat lagi better dari yang korang buat”

Terima kasih banyak sekiranya ada pihak yang melihat jenama Bubble Bee ini setaraf dengan produk-produk lain yang sedia ada. Alhamdulillah, syukur” katanya mengakhiri perbualan bersama Murai.my

Sebagai info, Imran merupakan individu yang telah mengubahsuai motorsikal milik Shuib yang pernah tular di media sosial pada tahun lalu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bubblebeeShuib Sepahtu
Share3Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara