Yobe (Yoghurt Beku) Malaysia meraikan pelancaran rasminya di foodpanda, serentak dengan pembukaan cawangan ketujuh Yobe Crafted di Pusat Beli-belah 1 Utama.
Pencapaian ini menandakan pembukaan tujuh cawangan dalam tempoh enam bulan, selaras dengan usaha jenama tempatan ini untuk menjadikan yoghurt beku Greek premium lebih mudah didapati melalui lokasi-lokasi baharu serta perkhidmatan penghantaran.
Yobe Crafted Buka Cawangan Di 1 Utama & Boleh Pesan Di foodpanda
Bermula minggu pertama Disember 2026, Yobe Malaysia akan tersedia secara rasmi di foodpanda, membolehkan pelanggan menikmati pengalaman yoghurt beku Greek istimewa kami bukan sahaja di kedai, malah terus di depan pintu rumah mereka.

Melalui foodpanda, jenama ini menyasarkan untuk memberi lebih banyak peluang kepada pelanggan bagi menikmati sajian sejuk beku mereka dengan mudah, di samping tawaran promosi penghantaran yang memberikan nilai tambahan. Ini melengkapkan inisiatif seperti ‘Yobe Hour’, yang mencerminkan komitmen jenama ini untuk menjadikan yogurt beku berkualiti lebih mudah didapati, di samping menawarkan nilai yang berbaloi.
Untuk maklumat lanjut mengenai Yobe Malaysia dan promosi terkini, sila layari yobe.com.my atau ikuti @yobemalaysia di Instagram.


