Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Lawan Kes Saman Fara Mendoza, Zarina Anjoulie Lantik Peguam Baru

by Khai Azfar
July 7, 2020
152
KONGSIAN
Share on Facebook

Menerusi edaran kepada pihak Murai.my, pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie Lavocah telah melantik barisan peguam baru untuk mewakilinya bagi kes saman fitnah Fara Mendoza sebelum ini.

Bekas Peguam Diserang Strok

Terdahulu, media tempatan melaporkan selebriti dan model Fara Mendoza telah berjaya menang saman malu atau fitnah ke atas Zarina yang difailkan peguamnya pada Januari lalu di Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan. Difahamkan, kali ini Zarina melantik peguam baru kerana bekas peguamnya diserang strok dan tidak dapat dihubungi.

Sebelum ini, Zarina telah menyangka bahawa peguam yang dilantik terdahulu telah melindungi haknya dan mengusahakan untuk memenangi kes tuntutan tersebut sehinggalah pelakon ini membaca laporan berita di akhbar pada 5 Jun 2020 dan mendapat tahu bahawa Fara telah menyamannya.

Bagi mendapatkan pengesahan berita tersebut, Zarina telah cuba menghubungi peguamnya namun gagal dan terpaksa pergi ke mahkamah pada 8 Jun 2020 dan mendapati berita yang dilaporkan di media adalah benar yang mana terdapat saman dan
penghakiman bagi kesnya.

Lantik Peguam Baru 

Sehubungan dengan kepastian dari mahkamah, Zarina telah melantik barisan peguam baru yang terdiri dari Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates and Solicitors, Advocates and Solicitors.

Peguam Zarina,Nurul Hafidzah Hassan

Menurut peguam Nurul Hafidzah Hassan, pihaknya telah memeriksa dengan Badan Peguam Malaysia dan mendapati firma guaman yang mewakili anak guamnya itu sebelum ini, tidak aktif dan telah pun ditutup.

“Zarina Anjoulie Lavocah telah memfailkan permohonan mengenepikan penghakiman tersebut di Mahkamah Tinggi Malaya di Negeri Sembilan pada 24 Jun 2020 dan telah dimeteraikan oleh mahkamah pada 29 Jun 2020 untuk membolehkan anak guam kami membela dirinya. Pihak masih dalam proses membalas affidavit,” kata Nurul Hafidzah Hassan di dalam kenyataan media tersebut.

Untuk rekod, peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli juga mewakili Zarina bagi kes saman fitnah yang diambil ke atas pelakon Amyza Aznan dan Emelda Rose.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
zarina anjouliezarina anjoulie fara mendoza
https://lomp.at/ubcv8
Share67Tweet36SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem