Adakah anda seorang yang sentiasa berada di dalam zon selesa anda sendiri? Yang tidak pernah terfikir untuk anda keluar bersosial bersama teman-teman. Anda umpama ‘katak dibawah tempurung’ atau ‘baju yang usang’ yang tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari teman anda untuk mengesahkan kedatangan anda tentang rancangan yang telah diatur.

Anda juga adalah seorang yang terlalu selesa dengan kedudukan anda dan terpaksa mengatakan “ya, saya join” kerana rasa bersalah dan tekanan untuk mengekalkan kehidupan yang lebih sosial dan menjaga emosi teman-teman. Anda mungkin akan memberi beberapa alasan seperti ya atau sebaliknya selepas itu.

Sebilangan besar dari kita sentiasa berbelah bahagi dan yang lagi memburukkan keadaan ialah kita sering terasa seperti ‘existential crisis’. “Saya sebenarnya memang perlu merasai kehidupan bersosial dan lebih kerap keluar bersama teman. Tetapi dalam masa yang sama, saya lebih suka di rumah, di atas katil dan tidak bercakap dengan sesiapa”.

IKLAN

Sekiranya ini selalu terjadi kepada anda, berikut adalah cara anda boleh membatalkan rancangan tanpa rasa bersalah.

via Healthline

Bersikap Jujur 

Mungkin agak sukar pada mulanya, tetapi melalui teks dan benar-benar jujur, ianya mungkin akan membantu anda dalam persahabatan. contoh mesej adalah seperti “hai, saya rasa saya tak akan ikut untuk rancangan kali ini kerana saya terlalu sibuk dan perlu menghabiskan kerja saya dalam waktu yang ditetapkan”. Teman-teman juga mesti dapat membuat perbezaan yang anda sebenarnya memang jujur dan mereka juga menyokong anda.

Belajar Untuk Memahami Perasaan Anda

Ketahui sedari awal mengenai keperluan anda sendiri. Ini akan membantu anda untuk membuat keputusan yang lebih baik pada perancangan yang akan datang. Ingat, rakan yang tidak dapat memahami perasaan anda bukanlah rakan yang perlu anda pertahankan. Jadi, sebelum anda membuat keputusan, adalah lebih baik untuk anda fikir sama ada perlu atau tidak anda membatalkan rancangan yang telah diaturkan? Adakah sebab lokasinya? Orang sekelilingnya? Masanya? Mengapa mengambil keputusan untuk setuju pada awalnya? Apa yang akan anda nikmati daripada perancangan itu? Semua ini harus diambil kira sebelum anda membuat keputusan agar tidak menyinggung hati teman-teman.

via Kompasiana.Com

Tahu Apa Yang Akan Menggembirakan Anda

Anda tidak perlu berfikir dan tunduk pada tekanan. Cari apa yang sesuai untuk diri anda dan apa yang lebih menggembirakan anda. Pilih rakan yang peka dengan keperluan anda dan bersedia untuk berkompromi. Dengan berbuat demikian, anda juga harus menerima pemikiran teman-teman anda setiap kali mereka juga membatalkan perancangan. Bagi ruang pada diri sendiri dan teman-teman supaya kita rasa dihargai dan tahu untuk menghargai.

Tidak ada perkara yang perlu dirunsingkan. Tolak hari ini, keluar hari lain!

Sumber