Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Hilang Ingatan? Kajol Kongsi Pengalaman Aneh Saat ‘Shooting’ Filem KKHH

by Phic ARMAN
July 9, 2020
245
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa menduga, rupanya aktres Bollywood terkenal, Kajol nampaknya telah mengalami peristiwa aneh ketika pengambaran filem Kuch Kuch Hota Hai. Pelakon berusia 45 tahun itu tiba-tiba tidak mengenali sesiapa setelah dia terjatuh ketika berlakon di dalam salah satu babak. Ini juga membuat semua orang di lokasi bingung.

Sehingga akhirnya, Kajol dapat memulihkan ingatannya semula setelah kekasihnya datang ke lokasi penggambaran. Bagaimana ceritanya? Lihat artikel di bawah yang diringkaskan oleh Murai MY dari Pinkvilla.

Selepas 22 Tahun, Kajol Kongsi Pengalaman Aneh

Sebenarnya ramai yang tahu cerita ini. Kajol mengalami peristiwa yang tidak dijangka ketika penggambaran filem pada zamannya. Kisah cinta yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan, Rani Mukerji dan Kajol disukai oleh banyak negara, termasuk Malaysia.

Keserasian yang ditunjukkan oleh Shah Rukh Khan dan Kajol dalam filem itu menarik perhatian orang ramai. Filem ini juga menjadikan mereka berdua sebagai salah satu pasangan paling berjaya di dunia perfileman Bollywood sehingga diidolakan oleh ramai orang. Kajol dan Shah Rukh Khan malah sering disatukan dalam banyak filem.

Setelah bertahun-tahun berlalu, terungkap bahawa Kajol telah kehilangan ingatannya ketika membuat penggambaran di set Kuch Kuch Hota Hai. Kejadian itu dialami oleh Kajol ketika mengambil tempat untuk lagu bernama Yeh Ladka Hai Deewana.

Di mana Kajol sepatutnya menunggang basikal. Tetapi dia hilang kawalan dan mengalami beberapa kecederaan pada badannya. Selama lebih dari satu jam, Kajol tidak mengenali sesiapa. Ini tentu membuat semua orang di lokasi bingung.

Ajay Devgan Berjaya Pulihkan Ingatan

VIA Bollywood Hungama

Hingga akhirnya, Ajay Devgan, yang masih menjadi kekasih Kajol, diberitahu mengenai kemalangan itu. Ajay segera datang ke set untuk melihat keadaan kekasihnya.

Rumah Tangga Kajol Bergolak, Ajay Devgn Dituduh Bercinta Dengan Tabu

Kajol masih tidak ingat siapa pun pada waktu itu, tetapi ketika Ajay datang dia dapat langsung mengenalinya. Kajol berasa lebih baik setelah bercakap dengan Ajay Devgan. Kejadian ini menunjukkan betapa kuatnya hubungan Ajay Devgan dan Kajol.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ajay devganJay devgankajolKuch Kuch Hota Hai
https://lomp.at/7m4rx
Share105Tweet59SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem