Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Bahaya! 15 Lokasi ‘Hotspot’ Di Malaysia Yang Berisiko Untuk Lemas

by Aphit J.
July 12, 2020
211
KONGSIAN
Share on Facebook

Bercuti dengan cara mendekatkan diri dengan alam semulajadi adalah satu perkara yang pasti memberikan keseronokkan dan mendamaikan buat kita semua. Memilih lokasi percutian yang berbentuk perkelahan, camping dan mempunyai aktiviti air pastinya menjanjikan kepuasan kepada semua.

Dalam keseronokkan memilih lokasi percutian, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira seperti lokasi yang berbahaya dan mempunyai risiko untuk lemas. Berikut adalah 15 lokasi hotspot yang berisiko untuk lemas menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Kawasan Air Terjun

via A Little Things

Keseronokkan berada di bawah air terjun tidak disangkal lagi. Deruan air yang jatuh di atas badan seolah-olah terapi dan massage buat kita semua. Tetapi perlu diingat bahawa kawasan tempat jatuhnya air terjun merupakan kawasan yang dalam dan mempunyai arus deras sehingga dapat menarik golongan dewasa ke dasarnya.

  • Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor
  • Sekayu, Terengganu
  • Lata Berembun, Raub, Pahang
  • Chamang, Bentong, Pahang

Kawasan Sungai

via Libur

Kawasan sungai dikatakan bahaya kerana risiko arus deras yang boleh menghanyutkan manusia. Di samping itu juga, risiko untuk terjadinya kepala air daripada air terjun boleh menyebabkan sesetengah kawasan sungai sangat berbahaya kepada pelancong.

  • Sungai Kampung Batu Payung, Tawau Sabah
  • Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor
  • Sungai Kampung Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan
  • Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor
  • Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor

Kawasan Pantai

via Penang

Kawasan pantai dan ombak yang dilihat tenang mempunyai ‘perangkap maut’ yang dikenali sebagai arus karau atau rip current yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan pengunjung lemas ketika mandi manda. Walaupun mungkin ada yang pandai berenang, namun situasi cemas akan menyebabkan panik dan gagal menyelamatkan diri.

  • Pantai Nipah, Bachok, Kelantan
  • Muara Tok Bali, pasir Puteh, Kelantan
  • Teluk Bahang, Pulau Pinang

Kawasan Lombong/Empangan

via Faiz Blog

Kawasan lombong dikatakan berbahaya kerana berisiko untuk berlakunya air bergolak. Limpahan air sungai yang mengalir ke kawasan lombong atau empangan akan mencipta air bergolak seterusnya menghasilkan pusaran air yang mempunyai daya tarik, sekali gus menyedut apa sahaja termasuk batu besar.

  • Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor
  • Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor
  • Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor

Jadi untuk anda yang bercadang untuk mengadakan aktiviti air bersama keluarga mahupun rakan-rakan, pastikan keselamatan diri terjaga dan sentiasa berhati-hati serta peka dengan keadaan sekeliling.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
lokasi bahaya air terjunlokasi bahaya pantailokasi hotspot lemaslokasi sungai yang berbahayasenarai pantai bahaya
https://lomp.at/fjkw1
Share93Tweet49SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem