Setelah muncul dengan single duetnya bersama Bunga yang berjudul Dup Dup, kini penyanyi popular Aizat Amdan melangkah lebih jauh dengan muncul duet bersama penyanyi Indonesia, Hanin Dhiya dalam singe berjudul ‘Ku Mau’.

Aizat Anggap Kebetulan 

Sebagai rekod lagu ini sudah diperdengarkan di Indonesia dan menerima maklum balas yang cukup positif daripada peminat. Namun begitu, timbul pula dakwaan kononnya melodi lagu Kau Mau seakan mirip beberapa lagu popular. Menjawab dakwaan tersebut, Aizat ketika ditemui Murai.my di majlis pelancaran single Ku Mau di Warner Music Malaysia, Damansara pada petang Khamis tidak menolak sekiranya peminat beranggapan sedemikian dan positif mengenainya.

Kongsi Aizat, ketika menulis lagu ini, dia akui terbayang serta menggabungkan beberapa melodi lagu-lagu popular termasuklah duet hits penyanyi antarabangsa Shawn Mendes dan Camilla Cabello berjudul Senorita.

“Sebenarnya saya tidak kisah sekiranya ada peminat yang beranggapan sedemikian. Muzik itu sendiri universal. Alhamdulillah ianya diterima baik pendengar-pendengar”

“Saya anggap positif sahaja mengenai dakwaan itu dan ianya adalah secara kebetulan semata-mata”

Sebagai info, majlis pelancaran ini turut menyaksikan buat julung kalinya menampilkan dua penyanyi mendendangkan lagu duet mereka secara atas talian memandangkan Hanin sendiri berada di Indonesia dan terikat dengan peraturan yang ditetapkan berikutan penularan COVID-19 di seluruh dunia.

IKLAN

Menurut finalis rancangan realiti Rising Star Indonesia ini pula, dia mudah bekerjasama dengan Aizat dan terus jatuh cinta pertama kali mendengarnya ketika mereka sama-sama berada di Sweden Disember tahun lalu.

“Saya berharap agar paRa pendengar dapat tersenyum ketika mendengar bait-bait lirik Ku Mau. Pengalaman berduet dengan Aizat amat disenangi kerana dia seorang yang peramah dan baik. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang meluangkan masa untuk mendengar cerita saya dan Aizat. Ku mau kita semua sihat-sihat terus ya!”

Ku Mau yang merupakan terbitan Kasi Gegar Entertainment dan edaran Warner Music Malaysia kini boleh didapati di semua pelantar digital manakala vidoe muzik rasmi lagu ini bakal diperlihatkan di saluran Youtube Aizat Amdan pada 10 Julai 2020 jam 8 malam.

IKLAN