Petua Rahsia Daun Jambu Batu Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

579
KONGSIAN

Mungkin ramai yang sudah tahu akan manfaat daun jambu batu yang baik untuk kesihatan. Daun jambu batu biasanya digunakan sebagai ubat tradisional bagi mengatasi pelbagai penyakit dan juga dapat mencerahkan kulit wajah. Bukan sahaja dapat meningkatkan kecantikan, daun jambu batu juga bermanfaat untuk penjagaan kulit kepala.

Daun jambu batu mengandungi antioksidan yang dapat membantu menghapuskan sel kulit mati dan mengembalikan kulit yang kusam agar lebih cerah dan sihat. Ia juga memiliki sifat anti-inflamasi dan anti-mikroba yang dapat membantu menyembuhkan masalah kulit dan rambut.

Berikut adalah beberapa manfaat daun jambu batu yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan.

via sweet & cozy

Menghilangkan Bintik Dan Mengurangkan Jerawat.

Daun jambu batu berfungsi dengan baik sekali untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat pada wajah. Hanya rebus beberapa helai daun jambu dan campurkan air rebusan dengan sedikit serbuk kunyit. Sapukan campuran ini ke seluruh wajah dan gosok dengan lembut dengan menggunakan hujung jari sahaja. Kemudian bilas muka dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu.

Campurkan bedak sejuk bersama dengan campuran daun jambu yang telah dilenyek menjadi pes dan sapukan ke seluruh muka setiap malam sebelum tidur. Biarkan semalaman. Cara ini sangat baik untuk menghapuskan jerawat.

Mengurangkan Berat Badan

Daun jambu batu dapat membantu mengawal selera makan dan dapat menurunkan berat berat serta membantu mengurangkan kolesterol dalam darah. Jus daripada daun jambu batu dapat memperlahankan karbohidrat kompleks diubah menjadi gula dengan cepat dan dapat mengelakkan dari terkumpulnya lemak yang berlebihan.

Menghilangkan Kedutan

Daun jambu batu mempunyai sifat yang dapat membantu menghilangkan kedutan dan garis halus pada wajah. Radikal bebas pada daun jambu batu akan mencegah penuaan kulit. Hanya rebus sedikit daun jambu dan sapukan air rebusan di wajah. Pemakaian secara berkala juga bukan sahaja dapat menghilangkan kedutan tapi akan membantu mencerahkan dan menyamakan tona kulit wajah.

Mengurangkan Masalah Cirit Birit

via Kartel Dakwah

Rebun daun dan akar jambu batu bersama-sama dengan 8 gelas air. Tapis dan minum air apabila telah suam semasa perut masih kosong. Ini akan membantu masalah cirit-birit dan sakit perut.

Menjaga Kebersihan Dan Masalah Mulut

Rebus daun jambu batu bersama sedikit garam. Apabila air rebusan telah sejuk, hanya kumur mulut sebanyak 2 kali sehari bagi menjaga kebersihan mulut. Untuk masalah sakit gigi, sakit kerongkong dan gusi bengkak pula, caranya ialah giling daun menjadi pes dan tampalkan pada gusi yang bermasalah atau boleh juga hanya tekapkan jambu batu ditempat yang bermasalah.

Jangkitan Kulit Kepala

Daun jambu batu dapat digunakan untuk mencegah jangkitan pada kulit kepala. Rebus daun jambu batu dan urut kulit kepala dengan air rebusan bersama daun dengan baik dan perlahan-lahan. Biarkan selama 25 minit dan basuh kepala dengan air sejuk. ini juga akan bertindak sebagai perapi rambut. Lakukan 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Boleh juga tampal daun jambu batu yang telah dilumatkan pada kulit kepala dan urut perlahan-lahan bagi menghalang dari keguguran rambut.

Mengubati Demam Dan Meningkatkan Sistem Produksi Lelaki

Jus daun jambu batu boleh mengurangkan demam dan membunuh kuman dalam tubuh. Hanya rebus 5 helai daun bersama 5 gelas air. Biarkan mendidih sehingga air menjadi separuh. Minum bila suam. Amalan minum secara berkala dan konsisten juga boleh meningkatkan kesuburan dan jumlah sperma pada lelaki.

Selamat mencuba!

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN