Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Rasa Terbeban Miliki Rumah Besar, Aliff Syukri Dedah Berhabisan Ratusan Ribu Setahun Untuk Penyelenggaraan

by Aphit J.
February 9, 2025
1.5k
KONGSIAN
Share on Facebook

Semua sedia maklum bahawa sebelum ini usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkongsikan kepada umum mengenai mahligai miliknya yang diberi nama Aliff Syukri Palace lengkap 30 bilik termasuk surau, pawagam mini dan bilik karaoke yang dibina di atas tanah bernilai RM13 juta.

Rasa Terbeban Memiliki Rumah Besar

Walaupun mendedahkan peruntukan sebesar RM11 juta bagi kos hiasan dalaman, Aliff masih merahsiakan kos keseluruhan kediaman yang mula dirancang pembinaannya sejak 2015 itu.

Terbaru Aliff ada memuat naik satu hantaran di Insgtam miliknya mengenai kos penyelenggaraan rumahnya itu.

Tulis Aliff diruangan ‘caption’ milik Instagramnya, pada mulanya ketika membina rumah ini, dia hanya memikirkan keseronokkan memiliki rumah tersebut sahaja tanpa memikirkan kos selepas itu.

Rasa terbeban sangat bila ada rumah yang besar. Masa dulu waktu nak buat rumah ni tak fikir seronok saja, tak fikir nak mantain.

Tapi bila dah ada, dah duduk baru tahu kos nak ada rumah besar ni bukan mudah.

Kini dia mula terasa terbeban apabila memiliki rumah yang besar.

Kos Penyelenggaraan Adalah Yang Paling Utama

via Instagram Aliff Syukri

Bagi Aliff, antara perkara yang sangat terbeban baginya adalah kos penyelenggaraan untuk rumahnya.

Terutamanya bila nak buat penyelenggaraan.

Setahun sahaja saya kena memperuntukkan ratusan ribu untuk nak baiki rumah terutama bila rumah ni dah lama.

Pening kepala. Jadi kepada anda saya nak bagi nasihat sebelum anda ambil keputusan untuk berpindah di rumah besar tolonglah ready untuk kos penjagaannya.

Semakin besar umah semakin tinggi kos. Terutama bila rumah itu dah lama dan kerosakan banyak.

Dedah Aliff, dia memperuntukkan ratusan ribu ringgit untuk kos penyelenggaraan rumah tersebut, tambah-tambah lagi apabila rumah tersebut sudah bertahun-tahun diduduki.

[VIDEO] "Jangan Jatuhkan Maruah Abah Sebagai Artis Dan Datuk Seri!" - Aliff Syukri Menyakat Anak, Cuit Hati Netizen

Pesan Aliff kepada netizen agar sentiasa memikirkan kos penjagaan rumah sebelum berhasrat untuk memiliki rumah yang besar.

What’s your Reaction?
+1
16
+1
5
+1
17
+1
8
+1
6
+1
5
aliff syukri
https://lomp.at/qwksm
Share599Tweet374SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem