Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

9 Jenis Ular Yang Paling Berbisa Dan Berbahaya Di Dunia

by Jash Lee
July 18, 2020
61
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang tidak tahu tentang reptilia ini? Hanya dengan mendengar namanya sahaja sudah membuatkan bulu roma menegak. Ini kerana haiwan reptilia yang satu ini adalah salah satu haiwan yang paling berbahaya di dunia. Tubuhnya yang bersisik dan licin dan mampu menyerang dengan sekelip mata dengan racunnya yang mampu mematikan dan membuatkan manusia takut untuk mendekati haiwan ini bahkan menghindari haiwan ini. Kebiasaannya kita akan terus membunuh haiwan ini apabila bertemu.

Ini adalah spesis ular yang paling berbisa dan paling ditakuti kerana racunnya boleh membunuh dengan begitu pantas. Berikut kami senaraikan 9 jenis ular yang paling berbisa dan berbahaya di dunia.

9. Death Adder

via Pinterest

Habitat ular ini terdapat di Timur dan Selatan Australia, Papua New Guinea dan pulau-pulau yang berdekatan. Memiliki panjang tubuh yang mencecah 70 ke 100 cm. Ular ini dapat menyerang dengan begitu cepat. Mangsa yang terkena gigitan ular ini boleh mengakibatkan kelumpuhan jika dalam waktu yang singkat, seseorang yang terkena gigitan tidak mendapat rawatan segera. Reaksi racunnya juga sangat cepat dan boleh menyebabkan kematian.

8. King Cobra

via Britannica

King Cobra juga dikenali sebagai Hamadryad, spesis ular berbisa dalam keluarga Elapidae. Habitat ular yang sangat terkenal ini banyak terdapat di kawasan Asia Tenggara. King Cobra adalah sejenis ular yang sangat agresif bahkan dapat menyerang haiwan lain yang saiznya lebih kecil. Ia adalah ular berbisa yang terpanjang di dunia yang berukuran 3 ke 4 meter. Seekor King Cobra dapat melepaskan racun sehingga 200 ke 500 gm per gigitannya. Haiwan ini juga boleh membunuh seekor gajah dalam masa 1 jam sahaja. Ketika seseorang yang dipatuk oleh haiwan ini, gejala gigitannya boleh menyebabkan kelumpuhan, sakit yang luar biasa di seluruh tubuh, penglihatan menjadi kabur dan boleh menyebabkan kematian. Ia adalah ular yang sangat berbisa dan berbahaya ketika diganggu atau diprovokasi yang memiliki reputasi yang menakutkan dalam jangkauannya.

7. Black Mamba

via India TV News

Sesuai dengan namanya yang amat popular. Haiwan ini boleh dikategorikan sebagai haiwan lagenda yang sangat berbisa. Ular yang berwarna hitam pekat di keseluruhan mulut dan badannya boleh mematikan mangsa dengan begitu cepat. Habitat ular ini banyak berada di Gunung Afrika dan ia adalah ular berbisa terpanjang kedua selepas King Cobra dan panjangnya adalah sekitar 3 ke 4.5 meter. Kepantasan Black Mamba boleh mencapai 16km/jam dan ketika ular ini melepaskan racunnya antara 100 ke 150 mg per gigitannya. Ia mampu menyerang pada jarak jauh dan dapat memberikan serangkaian gigitan berturut-turut. Racunnya terdiri daripada neurotoksin yang sering menimbulkan gejala seperti lumpuh dalam masa 10 minit dan boleh menyebabkan kematian apabila tidak atau terlambat mendapatkan rawatan. Black Mamba adalah haiwan yang agresif namun hanya menyerang mangsa jika merasa dirinya terancam.

6. Tiger Snake

via Calphotos

Ular ini terdapat di Wilayah Selatan Australia. Panjang ular ini boleh mencecah sehingga 1.2 ke 2 meter. Ular ini sangat aktif pada waktu malam. Gigitan ular ini pula boleh mengakibatkan kesemutan, hilang rasa atau kebas, berpeluh dan sukar untuk bernafas bahkan boleh menyebabkan kelumpuhan. Beberapa laporan mengatakan bahawa kematian dari ular ini telah mencapai 40-60%.

5. Many Banded Krait

via Hong Kong Snakes

Habitat ular ini adalah di China, Taiwan dan juga negara-negara Asia Tenggara. Ada juga yang menggelarkan ular ini sebagai ular belang kerana corak di sepanjang badannya berbelang-belang. Panjang ular ini sekitar 1 ke 2 meter dan ia mampu melepaskan racun sehingga 4 ke 19 mg per gigitan. Gejala yang terjadi jika terkena racun ular ini iaitu mangsa akan berasa gatal dan kebas disekitar bahagian yang terkena racun atau gigitannya. Selepas 1 ke 6 jam kemudian, mangsa akan merasa sukar untuk bernafas, penglihatan menjadi kabur, sakit seluruh badan, kehilangan suara dan apabila dibiarkan boleh menyebabkan kematian. Ular ini sangat aktif pada waktu malam dan ia mampu menyerang dari berbagai arah. Spesis ini juga mempunyai rahang yang dapat berpusing tajam walaupun dipegang di belakang kepala sehingga meningkatkan risiko gigitannya. Seorang doktor dari Myanmar telah dilaporkan meninggal dunia setelah 29 jam dipatuk oleh ular ini. Kes kematian yang disebabkan oleh Many Banded Krait telah mencecah sehingga 75%.

4. Saw Scaled Viper

via youtube

Ular berbisa ini banyak terdapat di kawasan kering seperti di Afrika, Timur Tengah, Pakistan, India dan Sri Lanka. Saw Scaled Viper adalah ular yang agak kecil, panjang ular ini dibawah 90 cm dan sangat aktif pada waktu malam. Walaupun saiznya agak kecil namun dengan hanya sesekali gigitan, ular ini mampu melepaskan racunnya antara 12-18 mg dimana 5 mg sahaja sudah mampu membunuh seorang manusia dewasa dalam waktu 12 hingga 24 jam setelah terkena gigitan ular ini. Anti racun untuk ular jenis ini sangat jarang didapati bahkan beberapa laporan mengatakan kes kematian akibat dari ular ini paling banyak di dunia.

3. King Brown Snake

via ABC

King Brown Snake adalah spesis ular yang sangat berbisa yang berasal dari Utara dan Barat Australia Tengah. Ular ini adalah ular yang berbisa terpanjang di dunia dan panjangnya adalah antara 2.5 ke 3 meter. Walaupun racunnya tidak sekuat ular berbisa yang lain tetapi King Brown Snake mampu melepaskan bisanya sehingga 150 mg dengan sekali gigitan sahaja yang mana jumlah dos itu boleh membunuh. Bisanya boleh menyebabkan kelumpuhan akibat kerosakan otot. Mangsa juga akan berasa sakit dan bengkak di tempat gigitan. Jika mangsa terkena gigitan ular  ini, haruslah dirawat dengan cepat dan diberi antivenom.

2. Australian Brown Snake

via Culture Trip

Ular ini banyak terdapat di gunung Australia dan Papua New Guinea. Panjang ular ini sekitar 1 ke 2 meter dan ular ini sangat aktif di siang hari. Setiap patukannya mampu melepaskan racun sekitar 2 ke 10 mg. Gejala yang sering terjadi dari bisa ular ini adalah seperti pening, cirit-birit, lumpuh dan degupan jantung menjadi laju bahkan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.

1. Inland Taipan

via The Australian

Inland Taipan adalah ular yang berskala kecil atau ular yang garang dan sebagai haiwan pembunuh di tangga yang teratas di dunia. Ular ini juga banyak terdapat di Australia Timur Tengah. Panjang ular ini antara 2 ke 5 meter. Ular ini dinobatkan sebagai ular paling berbisa di dunia. Bayangkan, hanya dengan sekali gigitannya sahaja, ular ini mampu mengeluarkan bisanya sehingga 110 mg. Racun ini mampu membunuh 100 orang lelaki dewasa atau 250 ekor tikus dan juga berpotensi untuk membunuh seseorang dalam masa hanya 30-45 minit jika tidak diberi rawatan segera. Ular ini sangat laju dan lincah serta dapat menyerang mangsa dengan serta merta dan serangganya sangat tepat.

ularberbisa berbahaya Australia antivenom kematian
https://lomp.at/2mp66
Share44Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon dan usahawan, Karl Shafek menitipkan ucapan terima kasih kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memberikan sokongan...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara