Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Rasa Macam Tiada Seurat Benang Kat Badan”- Zila Bakarin Kongsi Detik Mula Bertudung

by Naddy Joe
July 14, 2020
224
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa tak kenal dengan pelakon yang popular dengan watak antagonis ini. Baru-baru ini Zila Bakarin berkongsi penglibatan beliau dalam program “Jom Celik Al-Quran”. Zila atau nama sebenarnya Rosmawati binti Bakarin berkata, program ini adalah perkara yang tidak dirancang.

Penglibatan beliau adalah dari bantuan Adam Corrie.  Beliau pada mulanya akui rasa takut untuk menerima tawaran dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi beliau tidak mahu menangguhkan benda yang baik dan terus menerima tawaran tersebut.

via @zilabakarinofficial

Saya rasa macam tiada seurat benang kat badan- Zila Bakarin

Zila ketika ditanya dengan imej barunya yang sudah berhijab. Beliau akui, tidak memberitahu orang tentang imejnya yang berhijab. Beliau terus berhijab tanpa bertanya pendapat orang sekeliling dan mengakui keinginannya berhijab datang dari diri sendiri.

“Semasa nak keluar ambik anak dari sekolah, saya rasa macam tiada seurat benang kat badan sedangkan saya pakai sweater dan jeans. Saya pergi kat kereta dan tiba-tiba rasa sejuk. Saya ulang alik keluar rumah pun rasa yang sama. Sampailah kali ketiga saya masuk rumah, dan terus terdetik untuk pergi ke laci dan ambik selendang  dan terus pakai. Bila keluar rumah terus rasa aku dah selamat”- ujarnya.

Kongsi Zila, beliau bersyukur dengan sokongan peminat yang tidak henti memberi sokongan  dan doa untuk penampilannya yang sekarang walaupun beliau terkenal dengan watak antagonisnya yang memberi kesan kepada penonton lain.

via @zilabakarinofficial

Zila sempat ditemubual bersama Murai.my ketika majlis pelancaran “Jom Celik Al-Quran” di Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur. Zila adalah salah seorang rakan selebriti yang dilantik sebagai IKON  bagi Program “Jom Celik Al-Quran” yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ).

Antara rakan selebriti lain yang turut hadir adalah Adam Corrie, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Heliza Helmi dan Hazwani Afiqah.

Dengan slogan “Dari Buta Ke Celik Al-Quran”, sebanyak 3 kategori program pengajian akan dilaksanakan iaitu kelas ibtida’i atau kelas asas, kelas tahsini, dan Kursus Latihan Tenaga Pengajar (TOT).

Program ini merupakan salah satu tanggungjawab fardhu kifayah ke atas MAIWP dalam memastikan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan boleh dan mahir membaca Al-Quran sekurang-kurangnya bacaan surah yang menjadi rukun dalam solat.

jom celik al-quranzila bakarin
https://lomp.at/vp139
Share102Tweet51SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem