Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Diam-Diam Dah Shooting”- Zila Bakarin Dedah Alasan Tiada Dalam ‘7 Hari Mencintaiku 2’

by Naddy Joe
July 15, 2020
1.4k
KONGSIAN
Share on Facebook

Semakin lama, drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 telah menunjukkan taringnya. Mula disiarkan melalui slot Akasia sejak 2 Julai lalu, drama ini berjaya menambat hati penonton.

Lebih menarik, kali ini 7 Hari Mencintaiku 2 memaparkan lebih banyak konflik walaupun baru saja memasuki episod 8. Difahamkan drama dibintangi oleh Siti Saleha dan Shukri Yahaya ini mempunyai 33 episod.

Apa yang menarik perhatian Murai MY, watak Datin Hayati lebih menonjol sebagai seorang pendendam. Jika anda mengikuti 7 Hari Mencintaiku siri pertama, sepatutnya watak ini dibawa oleh pelakon Zila Bakarin. Namun ramai yang tertanya-tanya mengapa ia diambil alih oleh pelakon Jasmin Hamid.

https://www.instagram.com/p/CAlNGyAHABN/

Baru-baru ini kami menemui Zila ketika menghadiri program “Jom Celik Al-Quran” yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Di kesempatan ini, kami sempat bertanyakan kepada Zila, adakah dia tidak ditawarkan untuk berlakon dalam drama ini. Ini jawapan beliau;

“Sebenarnya mereka ada tawarkan kepada saya. Ia berlaku pada bulan 11 tahun lepas (2019). Seminggu lagi diorang nak buat penggambaran. Saya Ok!”- ujarnya.

Menurut Zila, pihak produksi ada menghubunginya untuk memulakan penggambaran. Namun setelah memberitahu dirinya sudah bertudung, mereka terus diam tanpa memberitahu perkembangan seterusnya.

“Kemudian lepas saya dah pakai tudung, diorang ajak “akak, kita dh nk shoot minggu depan, jadi akak free x?”-

“Kak Zila free dik, tapi sekarang akak dah pakai tudung”

“Apa dia?!” yeke, nanti saya cakap dengan produser..Kemudian terus diam. Diam -diam dah shooting, tengok-tengok jasmin hamid”- katanya kepada Murai MY.

Walaubagaimanapun, Zila berkata, dia adalah insan yang paling gembira apabila tidak diambil untuk berlakon dalam drama tersebut.

“Tapi terus terang saya cakap , saya manusia paling happy bila mereka tak ambil saya berlakon. Saya rasa macam, tak mengalah  kalau kerana saya pakai tudung mereka tak ambil saya berlakon, bagi saya okay je la.”-

“Yang saya gembira kerana saya boleh terima keadaan yang mereka reject saya, saya terima dengan hati terbuka. Kalau mereka tak mahu kerana saya pakai tudung, kerana suruhan Allah ni, its okay, teruskan”- katanya

Zila berkata, perkara yang terjadi ini mungkin ada hikmahnya. Malah dia percaya, rezeki yang Allah beri sememangnya melimpah ruah. Zila kini ternyata sangat berasa bahagia dengan penampilan terbarunya ini.

Zila baru sahaja selesai penggambaran 13 episod drama di RTM, Mencari Kiblat Cinta -TV OKEY, dan sebuah Telemovie TV3- Rahsia Malam Jumaat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/w20pp
Share657Tweet296SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem