Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Ejen Ali The Movie Tercalon Dua Anugerah Filem Antarabangsa

by Khai Azfar
July 16, 2020
48
KONGSIAN
Share on Facebook

Primeworks Studios dan WAU Animation hari ini telah mengumumkan penyertaan sulung filem animasi popular, Ejen Ali The Movie di dua festival filem berprestij antarabangsa tahun ini. Filem ini telah berjaya meraih keuntungan lebih dari RM30.8 juta di carta pecah panggung wayang di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, sekaligus menjadi filem pilihan nombor satu di Malaysia pada tahun lalu.

Bertanding Dengan Lebih 350 Animasi Seluruh Dunia 

Menerusi edaran kepada pihak media, Ejen Ali The Movie telah terpilih di dalam barisan pencalonan akhir 16 filem yang bakal bertanding untuk kategori Anugerah Filem Animasi Terbaik pada edisi ke-24 Cartoons on the Bay- Pulcinella Awards yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Disember 2020 di Pescara, Itali.

Filem ini berjaya menempatkan dirinya sebaris dengan lebih 350 karya animasi hebat dari 20 buah negara serata dunia di dalam acara berprestij tersebut.

Wakil Malaysia Di ASEAN Film Week 2020 

Bukan itu sahaja, filem pecah panggung wayang ini juga telah mendapat pengiktirafan di peringkat Asia Tenggara apabila diberi penghormatan untuk mewakili Malaysia ke ASEAN Film Week 2020 yang akan berlangsung di tiga buah bandar besar Vietnam iaitu di Hanoi, Da Nang dan Bandar Ho Chi Minh.

Acara gilang-gemilang ini dianjurkan sempena perlantikan negara Vietnam selaku Pengerusi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 2020, dengan tujuan memelihara nilai-nilai teras negara ASEAN melalui karya-karya kreatif.

Sepuluh negara ASEAN telah diundang untuk mencalonkan filem terbaik mereka melalui pemilihan persatuan filem negara masing-masing selaras dengan tema “ASEAN Cohesion and Proactive Adaptation”. Selaku wakil rasmi negara Malaysia, EJEN ALI THE MOVIE akan dipertontonkan dalam siri tayangan awam percuma yang telah dijadualkan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ejen ali the movie
https://lomp.at/81ex7
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem