Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

OOTD Time! Ini 5 Lokasi Yang Cantik & Percuma Di Sekitar KL

by Naddy Joe
July 16, 2020
101
KONGSIAN
Share on Facebook

Anda mesti mencari tempat ootd atau photoshoot yang best bukan? Kenapa nak masuk tempat berbayar mahal sedangkan masih banyak lagi tempat ootd yang menarik dan percuma. Perkongsian dari laman Twitter Melantak TV telah shortlist beberapa tempat percuma yang menarik sekitar KL untuk ootd yang menarik. Stay Tune Guys!!

Muzium Tekstil Negara

Via SelangorKini

Bangunan yang dijadikan muzium pada tahun 2007 ini mempunyai jalur-jalur merah dan putih yang tersendiri hasil daripada batu-bata merah dan putih yang diselang-selikan dengan plaster, mencirikan adaptasi gaya seni bina Islam-Moghul. Muzium ini bukan sahaja mempunyai pakaian-pakaian bersejarah, tetapi turut menyimpan khazanah-khazanah negara seperti Celepa Diraja Terengganu (Royal Terengganu Tobacco Box) dan Gending Melayu (Malay Belt Buckle).

Via JomJalan
  • Lokasi: 26 Jalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 9.00 pagi- 5.00 petang (Selasa-Ahad)

Balai Seni Visual Negara

via MelantakTV

Balai Seni Visual Negara yang dulunya dikenali sebagai Balai Seni Lukis Negara pada 28 Ogos 1958, setahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Balai Seni Visual Negara ini mempunyai 6 galeri yang akan membuat anda teruja untuk menghayati setiap karya seni Malaysia yang mengagumkan.

  • Lokasi: No.2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur.
  • Waktu Operasi: 10.00 pagi- 6.00 petang (Isnin-Ahad)

Taman Botani Perdana

via klbotanicalgarden

Taman Botani Perdana atau dikenali sebagai Taman Tasik Perdana adalah taman rekreasi berskala besar pertama di Kuala Lumpur. Dengan berkeluasan seluas 91.6 hektar, ia terletak di tengah-tengah bandar yang didirikan pada tahun 1888. Taman Botani ini juga mempunyai Laman Perdana, Hibiscus Garden, Sunken Garden, dan Herbarium untuk anda lawati.

  • Lokasi: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur.
  • Waktu Operasi: 7.00 pagi- 8.00 malam (Isnin- Ahad)
Agoda Umum Kuala Lumpur Sebagai Destinasi “Micro-Travel” Paling Popular di Asia

Taman Eko Rimba Kuala Lumpur

Via Sinarharian

Taman Eko Rimba Kuala Lumpur adalah satu-satunya kawasan hutan asli jenis Dipterokarpa Bukit yang masih wujud di tengah-tengah ibu kota. Kedudukannya yang strategik dikelilingi bangunan pencakar langit menjadikan taman ini berperanan sebagai ‘green lung’ Kuala Lumpur.

  • Lokasi: Hutan Simpan Bukit Nanas
  • Waktu Operasi: 7.00 pagi- 6.00 petang (Setiap hari)

Jalan Alor Bukit Bintang Street Art

via jotarofoodsteps

Anda boleh menerokai seni jalanan mural yang berwarna-warni di kawasan ini bukan sahaja pada dinding bangunan malah di atas jalan juga turut mempunyai mural yang menarik!

Lokasi: 64, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur.

Jadi anda sudah tahu tempat-tempat yang menarik dan percuma bukan? Murai My pun tak sabar nak ootd kat tempat-tempat ni jugak. Jumpa di sana okay!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Kuala Lumpurootdtempat freetempat menarik
https://lomp.at/nigiq
Share44Tweet24SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem