Dalam menyediakan bahan masakan, kita seringkali mengalami masalah dengan bahan utama seperti daging, ayam dan ikan yang berbau hanyir. Tidak kena cara, bau ini akan memberikan kesan kepada lauk itu sendiri.

Berikut adalah 5 bahan yang boleh digunakan untuk menghilangkan hanyir yang terdapat pada daging, ikan dan ayam.

1Halia

via Voize

Halia mempunyai bau khas yang dapat menghilangkan bau hanyir yang terdapat pada ikan dan daging. Kandungan enzim ini dapat memecahkan protein sekaligus menyebabkan bau hanyir pada ikan dan daging hilang. Malahan juga, campuran halia ini dapat membantu dalam mempercepatkan proses untuk empukan daging.

2Campuran Cuka Dan Tomato

via Healthline

Selain memberikan kesedapan di dalam masakan, campuran cuka dan tomato dapat membantu dalam membuang hanyir daging. Campur kedua-dua bahan ini di dalam masakan dan bau hanyir akan hilang. Bukan itu saja, masakan anda akan lebih tahan lama.

3Nanas

via Czarnikow

Ramai yang tidak tahu bahawa nanas juga dapat membantu dalam menghilangkan hanyir daging. Caranya adalah dengan memarut nanas dan gaulkan dengan daging, biarkan selama sejam kemudian cuci bersih dan sedia untuk dimasak.

4Limau Nipis

via Hijabista

Bahan ini seringkali digunakan kerana mempunyai bau dan rasa yang kuat. Bukan itu saja, limau nipis dapat membantu menghilangkan bakteria yang menyebabkan daging cepat busuk. Campurkan perahan limau nipis dan gaul rata, kemudian cuci bersih sebelum sedia dimasak.

IKLAN

5Daun Betik

via WikiIndon

Jika anda mempunyai pokok betik, jangan lupa gunakan daun betik ini sebaik mungkin. Lumurkan daun betik pada daging dan tindakan ini dapat membantu dalam menghilangkan bau hanyir daging. Bukan itu saja, daun betik dapat membantu mengempukkan daging juga.

Jadi, jangan lupa gunakan 5 bahan ini untuk menghilangkan bau yang terdapat pada ikan, daging dan ayam anda. Selamat mencuba!