Sebut saja durian, pasti ramai yang memikirkan kesedapan buah yang mempunyai rasa buttery dan lemak-lemak manis. Walaupun mempunyai bau yang kurang menyenangkan, durian tetap menjadi pilihan bagi sesetengah rakyat di Malaysia.

Menurut halaman Sinar.my, ada 5 makanan yang tidak boleh dimakan bersama durian yang boleh memberikan kesan kepada tubuh badan.

1Susu Dan Durian Meningkatkan Tekanan Darah

via BCC Courier

Tekanan darah pada tubuh akan semakin meningkat jika minum susu bersama durian. Ini kerana durian juga memiliki kandungan sulfur yang dimiliki susu. Jadi jika dimakan bersama, tubuh badan kita tidak mampu untuk berfungsi sepenuhnya untuk mengeluarkan sulfur dan menghancurkan toksin.

2Kopi Dan Durian Menyebabkan Jantung Berdegup Laju

via Packaging Europe

Bahan aktif yang terdapat dalam kopi seperti kafein akan menyebabkan jantung berdegup lebih laju daripada biasa. Jika dimakan bersama durian, ini akan memberikan kesan terhadap jantung dan akan menyebabkan badan akan menjadi lebih panas. Jadi untuk makan durian bersama kopi bukanlah satu idea yang bagus.

3Terung Dan Durian Berbahaya Untuk Jantung

via Beritategar

Menurut halaman Sinar.my, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terung juga akan meningkatkan kadar degupan jantung jika mengambilnya terlalu banyak. Jadi jika memakan terung bersama durian, kesannya sama seperti memakan kopi dan juga durian.

4Ketam Dan Durian Memberi Kesan Terhadap Kandungan Kolestrol

via Lousiana Cookin

Daging ketam mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi, begitu juga buah durian yang mengandungi karborhidrat serta lemak tinggi. Jadi jika seseorang yang mempunyai kolestral tinggi dan memakan durian bersama ketam secara tidak langsung ia akan memberikan kesan yang memudaratkan.

IKLAN

5Daging Dan Durian Akan Menyebabkan Peradangan

via Second Harvast

Daging lembu dan kambing mempunyai sifat yang akan memberi kesan panas pada suhu badan. Menurut halaman Sinar.my, jika kedua-duanya dimakan serentak ataupun dalam jarak yang terdekat, ianya akan memberikan kesan kepada peradangan dan inflamasi pada tubuh badan.

Jadi untuk peminat durian, wajib tahu senarai makanan yang wajib dihindari ketika memakannya dan yang paling penting, makanlah dalam kuantiti yang sederhana.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry