Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Kini Trending! ‘Angkara’ Siti Nordiana Tampil Kelainan

by Khai Azfar
July 20, 2020
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Dari awal kemunculan, penyanyi popular, Siti Nordiana Alias,36 sudah cukup sinonim dengan lagu-lagu balada tangkap ‘leleh’. Boleh dikatakan ketika itu adalah zaman kemuncak Siti Nordiana atau mesra disapa Nana biarpun kebanyakan single yang dihasilkan berentak sebegitu.

Kekal Relevan 

Malah, ketika menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kedua, Nana mendapat jolokan baru daripada juri tetap program itu, Datuk Ramli MS sebagai penyanyi lagu ‘leman’. Namun, siapa sangka lagu ‘leman’ itulah yang membawa nama Nana terus kekal dan menjadi kegilaan peminat sehingga ke hari ini.

Lebih membanggakan, pelbagai kejayaan diraih Nana selain peluang diberikan dalam industri hiburan tempatan berganda daripada apa yang pernah dicapai sebelum ini. Jika sebelum ini Nana muncul dengan single balada yang boleh dikatakan dikategorikan ‘lagu leman’ iaitu Terus Mencintai dan Hatiku Milikmu, terbaharu Nana keluar dari zon selesa.

Sudah Lama Ingin Bekerjasama

Masih berentak balada, tapi lagu Angkara yang dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu (17 Julai) di saluran YouTube Seventeen Eleven Music itu berbeza daripada kebanyakan lagu yang dirakam sebelum ini.

Ketepikan kontroversi kulit hadapan lagu ini,menariknya, buat pertama kali juga Nana bekerjasama dengan komposer, Sharon Paul dan penulis lirik, Fedtri Yahya selain turut menampilkan dirinya sebagai penulis lirik bersama.

“Sebenarnya dari tahun lepas lagi kami berunding mengenai lagu ini. Kemudian pada Disember saya masuk studio rakaman. Diakui agak lama juga saya peram lagu ini. Sebab pertama kali dengar lagu ini adalah versi asal.

“Kemudian, Sharon ada membuat perubahan sedikit untuk versi rakaman. Tapi, apabila dengar versi itu, saya lebih suka mendengar versi asal. Jadi, kami ambil keputusan untuk merakamkan versi asal itu,” katanya menerusi edaran pada Murai.my

Ketika ditanya mengenai kerjasama itu, Nana yang juga pelakon drama Dia Semanis Honey berkata komposer lagu Sampai Bila itu sudah lama menyatakan hasrat untuk berkolaborasi.

“Ketika dia mula perdengarkan lagu ini, saya terus jatuh cinta. Disebabkan itu, saya ambil keputusan untuk merakamkan lagu ini. Lagi pula, ketika itu saya memang sedang merancang untuk mencari material bagi single terbaru.

“Pendek kata, kerjasama kami ini pun secara menang-menang. Dia sudah lama ‘approach’ saya, tapi disebabkan jadual kerja yang padat, jadi ia belum dapat dilaksanakan. Alhamdulillah, penghujung tahun lalu segalanya dipermudahkan.

“Cuma, kami ambil masa untuk melancarkan lagu ini ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). DItambah pula syarikat dan 1711 Music mempunyai perancangan lain dari segi video muzik,” katanya.

Terus Trending 

Serentak dengan lagu itu, turut dilancarkan secara rasmi adalah video muzik penuh Angkara. Umum mengetahui, video muzik Angkara diterbitkan dalam bentuk drama bersiri pendek yang mengandungi tiga episod sebelum video muzik penuh dipaparkan pada episod keempat. Sebagai rekod, episod pertama video muzik Angkara yang dilancarkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada 3 Julai lalu sudah mencecah tontonan lebih 241,000.

Kononya Sudah Berkahwin Lagi, Siti Nordiana Tampil Perjelas Status Dirinya

Manakala episod kedua pada 8 Julai lalu mencecah lebih 181,000 tontonan selain berada dalam carta trending dikedudukan ke-46. Selain itu, episod ketiga pada 13 Julai lalu pula sudah melebihi 134,000 tontonan. Episod ketiga ini juga trending di tangga ke-27.

Satu kejayaan buat video muzik penuh Angkara apabila sudah mencecah 75,000 tontonan dan berada pada kedudukan ke-24 carta trending selepas 13 jam dilancarkan secara rasmi semalam. Malah, lagu itu juga berada dikedudukan teratas carta iTunes.

“Alhamdulillah, saya tidak menjangka strategi syarikat rakaman untuk menerbitkan mini siri drama ini bagi video muzik Angkara mendapat sambutan. Bukan apa, ini pertama kali sepanjang kerjaya saya buat perkara ini.

“Mungkin juga sebab peminat sudah lama tidak melihat saya berlakon, jadi drama pendek ini sedikit sebanyak mengubat kerinduan mereka. Apa pun, terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan video muzik ini.

“Paling penting, sokongan berterusan daripada peminat untuk menyaksikan setiap episod amat saya hargai. Saya berharap video muzik penuh lagu ini tidak akan mengecewakan semua. Saya dan pasukan sudah cuba berikan yang terbaik,”

“Idea ini pun timbul pada saat akhir iaitu empat hari sebelum video muzik ini dilancarkan. Melihatkan sambutan yang diberikan selain terlalu banyak persoalan yang timbul, jadi pihak syarikat rakaman mencadangkan sedikit tambahan babak.

“Bagaimanapun, kemunculan pelakon Alvin Chong ini bukan jawapan kepada persoalan. Ingin tahu bagaimana kesudahannya kena tunggu. Saya sendiri tidak tahu apa kejutan yang akan dibuat selepas ini,” katanya.

Sebagai kejutan buat peminat, pihak syarikat rakaman 1711 Music telah membuat rakaman tambahan pada babak akhir video muzik itu.

YouTube video

siti nordianasiti nordiana angkara
https://lomp.at/ar08y
Share12Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara