Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Mural Pemimpin Negara Diconteng, Tunku Azizah Berduka

by Khai Azfar
July 21, 2020
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Awal minggu ini, negara dikejutkan dengan perbuatan yang cukup memalukan yang mana lukisan mural imej beberapa pemimpin negara yang tular sebelum ini telah diconteng oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Tinggal Kenangan 

Lukisan tersebut yang terletak di Shah Alam sebelum ini menarik perhatian ramai termasuk Yang Di-Pertuan Agong,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang turut berkenan berangkat melawat mural gergasi berkenaan.

Namun, lukisan tersebut mungkin hanya sekadar kenangan kerana pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengecat semula dinding berkenaan kepada warna putih setelah diconteng dengan semburan cat berwarna merah serta perkataan kesat yang turut kelihatan di dinding tersebut. Menurut laporan, dikatakan terdapat dua orang wanita antara suspek yang terbabit dan siasatan terperinci sedang giat dijalankan.

https://www.instagram.com/p/CC2f3_Gh20P/

Tunku Azizah Berduka

Dalam perkongsian hantaran Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman Instagram, permaisuri kesayangan rakyat ini menzahirkan rasa dukacita baginda apabila karya sedemikian telah dirosakkan.

“Semoga Allah SWT yang membalas nya” tulis Tunku Azizah

https://www.instagram.com/p/CC2bk9jhGaw/

Lukisan tersebut merupakan hasil karya tiga pelukis muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27, Muhamad Firdaus Nordin, 26; dan Abdul Hadi Ramli, 27. Selain potret Al-Sultan Abdullah, ketiga-tiga mereka turut menghasilkan potret Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
muraltunku azizah
Share11Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    “Okeylah English Dia!” Peminat Puji Hakim Danish Petah Ditemu Bual Media Antarabangsa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara