Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Tunku Azizah Dedah Maksud Disebalik Nama Penuh

by Khai Azfar
December 17, 2019
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Ada sahaja pertanyaan yang diajukan oleh rakyat jelata buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al- Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj apatah lagi baginda begitu aktif di laman Twitter.

Maksud Di Sebalik Nama 

Terbaru, soalan yang diajukan oleh salah seorang pengikut baginda telah menarik perhatian permaisuri kesayangan rakyat ini apabila dia telah bertanyakan mengenai pengertian sebenar nama Tunku Azizah yang agak panjang.Dedah Tunku Azizah menerusi komen balas baginda, nama-nama tersebut sebenarnya adalah himpunan nama-nama kerabat diraja terdahulu termasuklah nama bonda dan nenda baginda.

Diberi Oleh Almarhum Ayahanda 

Tambah Tunku Azizah, nama yang diberikan oleh Almarhum Ayahanda Sultan Iskandar turut berkenan untuk menamakan cucu-cucu baginda dengan nama yang panjang termasuklah buat Pemangku Sultan Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Sultan Abdullah yang dinamakan bersempena dengan nama Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Dalam perkembangan lain, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah baru sahaja menamatkan latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.

Majlis pentauliahan tersebut turut dihadiri oleh kerabat diraja Pahang yang datang untuk memberi sokongan.Selamat kembali ke tanah air Tuanku!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
tunku azizah
Share17Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara