Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Muntah Darah Setiap Pagi, Judika Bersyukur Dengan Covid-19?

by Phic ARMAN
July 22, 2020
Share on Facebook

Bukan di Indonesia saja, penyanyi Judika mempunyai peminat yang ramai di Malaysia juga. Tetapi siapa sangka, ketika dia dikelilingi peminat yang menyanjungi bakatnya, dia sebenarnya mengalami masalah kesihatan. Beberapa waktu yang lalu, Judika mengalami masalah pada pita suara yang membuatnya keluar darah setiap pagi.

Sumber: Aforadio.Com

Selama ini, Judika tidak gentar kerana dia hanya mendengar cerita dari rakan-rakannya yang menghadapi masalah itu. Sehingga akhirnya dia mengalami kejadian itu sendiri.

Dia mengalami peristiwa ini kerana keletihan dan terus memaksa dirinya menyanyi. Lebih-lebih lagi, dia memang dikenal dengan penyanyi bersuara serak. Judika sebenarnya memahami bahawa masalah itu tidak akan berlaku sekiranya dia cukup berehat.

“Sebenarnya, saya tidak ada rasa takut, sebab saya belum mengalaminya, saya tidak takut. Tapi mungkin saya tak berhenti menyanyi Dan tak cukup rehat, lagi lagi buat persembahan majlis perkahwinan selama beberapa jam, kemudian menyanyi di cafe. Jam 2 pagi baru tidur kemudian jam 4 pagi, bergerak lagi ke kota lain”- kata Judika dalam saluran YouTube Daniel Mananta Network yang dipetik oleh Murai MY.

Via YouTube Daniel Mananta Network

Oleh hal demikian, Judika berdoa pada Tuhan dan memohon supaya dia diberikan kesempatan untuk berehat. Permintaan itu pun dijawab Tuhan dengan adanya Covid-19. Di mana, dia boleh berehat secukupnya, karena dia tidak mendapat tawaran bekerja atau menyanyi yang harus dilakukannya untuk sementara waktu.

“Jadi saya sangat bersyukur kerana dapat berehat dalam beberapa bulan. Bayangkan, sebelum ini saya pernah terbangun dari tidur dengan darah kental yang keluar dari mulut” ungkap Judika.

Judika sebenarnya enggan berjumpa doktor. Kerana dia tahu, doktor mesti menasihatinya agar berhenti menyanyi buat sementara waktu. Oleh itu, dia lebih suka mengatur masa rehatnya sendiri. Syukurlah, pita suara beliau kini mula bertambah baik.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
IndonesiajudikaMuntah darah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara