Siapa yang tidak mahu bulu mata yang panjang dan lentik bukan? Untuk mendapatkannya, anda boleh sahaja membeli maskara yang mahal atau dengan cara yang mudah, pakai sahaja bulu mata palsu atau eyelash extension. Namun, daripada kita perlu menghabiskan wang, adalah lebih baik kita mencuba petua-petua yang lebih murah dan lebih efektif ini untuk mendapatkan bulu mata yang lebih tebal dan panjang secara semulajadi.

Sikat Bulu Mata

via Rank & Style

Kesihatan bulu mata akan menjadi lebih baik jika ia disikat secara rutin. Proses menyisir dapat meningkatkan aliran darah ke bulu mata sehingga dapat menstimulasikan pertumbuhannya dan bulu mata akan lebih cepat panjang.

Menyikat bulu mata juga berfungsi untuk membersihkan kotoran dan debu yang menempel pada bulu mata anda. Untuk menyikat bulu mata, anda boleh gunakan berus khas untuk bulu mata atau boleh juga menggunakan berus maskara lama yang sudah habis dan telah dicuci dengan bersih. Anda boleh juga menambahkan vitamin E pada berus untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Sikat bulu mata anda dengan lembut selama 5 minit sebanyak 2 kali sehari. Mulai dari akar hingga hujung bulu mata.

Minyak Pati Semulajadi

via Charm Spa Grand Da Nang

Minyak seperti minyak kelapa, minyak zaitun, minyak badam, minyak argan, minyak jojoba dan sebagainya mengandungi asid lemak yang dapat melembapkan. Minyak ini juga memberi nutrisi yang diperlukan untuk menjaga kesihatan folikel bulu mata anda. Ia juga kaya dengan antioksidan yang sangat berguna agar bulu mata dapat tumbuh dengan cepat.

Sapukan minyak ini pada bulu mata pada setiap malam sebelum tidur dan dibiarkan semalaman bagi mendapatkan bulu mata yang diidamkan. Anda juga boleh mencampurkan minyak dengan beberapa titis minyak rosemary, lavender, grapeseed atau juga tea tree untuk hasil yang lebih baik.

Petroleum Jelly Atau Vaseline

via SirapLimau

Petroleum jelly atau vaseline dapat melembapkan dan memelihara bulu mata yang kering serta membantu menstimulasikan pertumbuhan bulu mata dengan lebih cepat dan panjang. Selain itu, vaseline bukan sahaja baik pada bulu mata malah ia juga mampu melembapkan kelopak mata anda sehingga kulit lebih kenyal dan lembut jika digunakan dengan cara yang betul.

Hanya sapukan sedikit vaseline pada berus khas bulu mata, kemudian mulai sikat bulu mata bahagian atas dengan lembut agar tidak terkena bahagian dalam mata. Anda juga boleh menyapu sedikit vaseline pada kelopak mata. Ulangi cara yang sama untuk bulu mata sebelah bawah.

IKLAN

Dengan melakukan perawatan ini pada setiap malam akan dapat membuatkan bulu mata anda cukup lembap sehingga tidak akan putus sebelum waktunya. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, lakukan sedikit ujian dengan menyapu vaseline pada tangan anda dan biarkan seketika untuk memastikan tiada sebarang iritasi yang terjadi.

Tabiat Pemakanan Yang Sihat Dan Seimbang

via Ahligizi.id

Jika anda seorang yang sering melambatkan waktu makan atau kurang pengambilan makanan berkhasiat, anda tidak akan dapat menjaga kesihatan bulu mata anda. Kekurangan vitamin kemungkinan besar akan menyebabkan rambut dan bulu mata menjadi rapuh. Oleh itu, anda digalakkan untuk mengambil makanan yang berprotein tinggi seperti daging, ayam, telur, keju, susu dan ikan.

Lemak baik juga sangat penting untuk kesihatan. Sumber utama lemak baik adalah seperti bijirin, kacang badam, avocado dan minyak zaiton. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga adalah sumber vitamin yang sangat baik untuk penjagaan kesihatan rambut dan bulu mata.

Teh Hijau

via TVS-TVSARAWAK

Teh hijau mengandungi antioksidan yang dapat memelihara bulu mata dan dapat membantu bulu mata menjadi lebih tebal dan panjang. Teh hijau juga menjadi salah satu bahan utama yang terkandung pada produk kosmetik khususnya untuk perawatan rambut.

Celupkan kapas muka pada bancuhan teh hijau yang telah sejuk dan sapukan pada bulu mata dengan lembut sebanyak sekali atau 2 kali sehari. Jika dilakukan pada waktu malam, anda boleh membiarkan ia semalaman. Masukkan lebihan teh hijau kedalam botol kedap udara dan boleh disimpan didalam peti sejuk kerana bancuhan teh hijau ini boleh digunakan sehingga 3 ke 4 hari.

Anda boleh juga meletakkan uncang teh hijau yang sejuk ke atas mata selama 20 ke 25 minit. Lakukan rutin ini 2 ke 3 kali seminggu. Ia bukan saja baik untuk bulu mata malahan dan menyegarkan mata yang letih dengan lebih sempurna serta dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.

Daun Lidah Buaya

via Brilistyle – Brilio

Lendiran dari daun lidah buaya sangat baik untuk menutrisi dan melembapkan rambut. Selain baik untuk rambut, daun lidah buaya juga baik untuk penjagaan bulu mata anda. Cara rawatannya ialah, ambil daun lidah buaya yang segar dan picit bagi mendapatkan lendirannya, gunakan hujung jari dan sapukan pada bulu mata dan biarkan ia meresap selama semalaman. Bilas bulu mata pada keesokan harinya.

Jika anda menginginkan kesan yang lebih baik, ambil 1 sudu besar lendir dari daun lidah buaya yang dicampurkan dengan 1 sudu minyak zaitun serta titiskan pada berus khas bulu mata. Sapukan campuran tersebut pada bulu mata anda. Biarkan selama 15 minit dan bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap 2 hari sekali untuk hasil yang terbaik.

IKLAN

Urutan

via Kitakini News

Bagi meningkatkan nutrisi bulu mata anda serta meransang pertumbuhannya, pertama sekali, cuci tangan anda dengan sabun kemudian titiskan sedikit minyak zaitun pada hujung jari dan tunggu sebentar sehingga minyak terasa hangat dan urutkan pada bulu dan kelopak mata anda selama 3 ke 5 minit. Elakkan dari menarik atau menekan bulu mata anda dengan terlalu kuat. Lakukan ini sekurang-kurang 2 kali seminggu.

Masker Telur

via Fakta News

Putih telur bukan sahaja kaya dengan sumber protein bahkan juga vitamin B dan biotin. Kandungan ini membantu menguatkan bulu mata serta dapat mencegah dari rambut menjadi mudah rapuh.

Hanya pecahkan sebiji telur kedalam mangkuk dan campurkan 1 sudu vaseline, gunakan berus khas dan oleskan pada bulu mata anda. Untuk hasil yang lebih baik, ulangi rawatan ini beberapa kali dalam seminggu sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya. Campuran ini dapat mengelakkan dari bulu mata menjadi lemah. Ingat, jangan sampai campuran ini masuk ke dalam mata anda.

Pembersihan

via Magazine Job-Like

Jangan biarkan maskara terlalu lama pada bulu mata terutama sekali pada waktu tidur kerana ia dapat merosakkan bulu mata anda. Oleh itu, biasakan diri untuk membersihkan solekan anda sebelum tidur. Gunakan makeup remover atau minyak zaitun yang sangat sesuai digunakan untuk membersihkan solekan di wajah anda.

Rehatkan Wajah Seketika Tanpa Mekap

via Kumparan.com

Sesekali rehatkan wajah anda tanpa solekan terutamanya maskara kalis air. Kekerapan memakai maskara jenis ini akan membuatkan bulu mata menjadi kering dan rapuh. Biarkan bulu mata anda mendapat rehat yang sempurna untuk 1 atau 2 hari dalam seminggu. Selain itu, gantikan maskara yang baru setiap 6 bulan selepas ia digunakan. Ini akan membantu anda terhindar dari jangkitan kuman atau infeksi pada mata.

Tip bermanfaat lain yang ingin kami kongsikan ialah jangan kerap menarik atau mengepit bulu mata kerana ini akan membuatkan akar bulu mata menjadi lemah dan bulu mata mudah putus.

via The Shonet

Tidak ada perawatan yang dapat memberikan hasil yang sangat cepat. Anda harus sabar menunggu sekurang-kurang 3 atau 4 minggu  untuk mendapatkan hasil positif yang diinginkan.

Untuk pengetahuan anda, bulu mata yang normal akan jatuh sehingga 3 ke 4 helai dalam sehari, jika anda dapati bulu mata gugur lebih banyak dalam sehari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan kelenjar tiroid anda.

Dengan mencuba cara yang dikongsikan ini, anda boleh mendapatkan bulu mata yang panjang dan lebat. Selain itu juga, bulu mata anda akan menjadi lebih kuat dan tidak rapuh. Kongsikan juga cara rawatan ini bersama rakan-rakan anda yang lain agar kita sama-sama memiliki bulu mata yang lebih sihat dan cantik.

Selamat mencuba!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry