Mengejutkan! Itulah gambaran yang diberikan oleh kebanyakan warganet sebaik sahaja berita mengenai S. Pavithra dikatakan telah dipukul oleh suaminya, M. Sugu tular sejak semalam.

Kecil Hati Antara Punca 

Gambar : The Star

Difahamkan, kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan itu yang mana Sugu berasa kecil hati kerana namanya tidak disebut oleh Pavithra ketika mereka bertemu Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin bagi menerima gelaran “Ikon Bandaraya Ipoh” awal Isnin lalu.

IKLAN

Berundur Seketika 

Kini, Sugu telah ditahan reman selama tiga hari bagi siasatan pihak polis manakala permata hati rakyat Malaysia itu telah mengumumkan pengundurannya buat seketika di media sosial bagi menyelesaikan perselisihan faham yang terjadi.

Rakyat Malaysia Bersatu Hati

Menerusi carian Murai.my pada video terakhir yang dimuatnaik oleh pasangan itu di laman YouTube mereka, rata-rata warganet membanjiri ruangan komen hantaran tersebut dengan pelbagai ucapan dan mengharapkan agar pasangan ini dapat bersatu semula dan menyelesaikan isu yang terjadi dengan sebaiknya.

Lebih mengharukan, komen-komen tersebut terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia yang menitipkan kata-kata semangat buat mereka dan sentiasa menantikan video terbaharu daripada Sugu Pavithra mahupun Pavithra sendiri kelak.