Shihlin Taiwan Street Snacks tidak perlu diperkenalkan lagi. Ini kerana jenama dari Taiwan ini sudah tersedia mempunyai peminat fanatiknya yang menggemari XXL Crispy Chicken.

Perkenalkan Kad Untuk Keahlian 

Terbaru, jenama yang mempunyai 200 cawangan di 6 buah negara ini telah memperkenalkan kad edisi khas buat mereka yang mendaftar sebagai ahli.

Dikenali sebagai Shihlin XXL Card, mereka yang mendaftar sebagai ahli punyai beberapa kelebihan termasuklah melayakkan mereka menebus mana-mana snek secara percuma dalam bulan kelahiran mereka.

Dalam pada itu, Shihlin turut mengumumkan kolaborasi bersama Tokidoki, sebuah jenama gaya hidup diinspirasikan dari Jepun untuk menghadiahkan Limited Edition tokidoki Handphone Grips secara percuma buat setiap pembelian.

IKLAN

Bukan itu sahaja, Shihlin Taiwan Street Snacks juga telah menganjurkan sebuah pertandingan di media social, “Zhng It Up With Shihlin” yang mana pemenang berpeluang memenangi setahun snek Signature XXL Crispy Chicken. Pertandingan ini sedang pun berlangsung sehingga 31 Ogos dan untuk maklumat lanjut layari XXL.ShihlinSnacks.com.tw