Berita kurang baik datangnya dari 2 aktres popular di Bollywood. Deepika Padukone dan Priyanka Chopra yang mempunyai 50 juta pengikut Instagram didakwa menggunakan perkhidmatan haram demi menaikkan jumlah followers di Instagram.

Kedua-duanya kemungkinan akan diperiksa sekiranya mereka terlibat dengan penipuan akaun Instagram ini.

Menurut laporan News.ABplive, pihak polis di Mumbai sedang giat menjalankan siasatan untuk mencari syarikat yang terlibat dalam penipuan angka followers atau pengikut, setelah penangkapan seorang lelaki bernama Abhishek Dinesh.

Lelaki itu adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat haram yang membuat akaun palsu di Instagram untuk menipu.

Deepika kini mempunyai lebih daripada 50.8 juta pengikut sementara Priyanka mempunyai 55.2 juta pengikut.

IKLAN

Angka ini jauh berbeza dengan akaun Kareena Kapoor yang hanya mendapat 3.7 juta pengikut, Salman Khan dengan 34.1 juta dan Shah Rukh Khan yang mempunyai 22.2 juta pengikut.

Telah diketahui bahawa Deepika dan Priyanka adalah antara lapan selebriti Bollywood lain yang akan disoal siasat berkaitan dengan isu ini. Sebenarnya, terdapat hampir 176 akaun terkenal yang dilaporkan disoal siasat oleh polis Mumbai termasuk akaun selebriti, tokoh sukan dan ahli perniagaan.