Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Jom Intai Tip Untuk Memastikan Ikan Goreng Di Masak Dengan ‘Perfect’

by Aphit J.
July 26, 2020
36
KONGSIAN
Share on Facebook

Menggoreng ikan adalah perkara yang mudah dan menu ini merupakan menu wajib yang perlu ada di atas meja hidangan harian. Bukan itu saja, jika ikan goreng dimakan bersama sambal belacan, kicap dan nasi yang panas, pasti membuat anda menambah bukan?

Tetapi kita sering kali mengalami masalah ketika menggoreng ikan di mana isi ikan akan menjadi hancur, kering dan keras setelah sejuk. Untuk itu, jom kita lihat beberapa tip untuk memastikan ikan goreng anda dimasak dengan perfect.

Menambah Perasa Di Dalam Perapan Ikan

via Kuali

Perkara wajib yang perlu ada sebelum menggoreng ikan adalah bahan perapan seperti kunyit dan juga garam. Pastikan garam anda tidak terlalu banyak untuk mengelakkan ikan menjadi terlalu masin.

Untuk menambah kelainan, anda boleh menambahkan sedikit serbuk perasa, serbuk pati ayam ataupun sedikit lada hitam di dalam perapan ini.

Menggoreng Menggunakan Minyak Yang Banyak

via Resepi Koki

Sama seperti menggoreng makanan lain, menggoreng ikan dengan menggunakan kuantiti minyak yang banyak dapat membantu untuk memastikan proses memasak ikan menjadi sekata. Cukup dengan memastikan minyak dapat menutup permukaan ikan.

Memastikan Minyak Dalam Keadaan Panas

via Sirap Limau

Menurut perkongsian daripada Fatimah Salim di laman Facebooknya, sebelum menggoreng ikan pastikan minyak dalam keadaan betul-betul panas. Mungkin anda perlu membiarkan supaya minyak berasap dalam tempoh seketika dan terus memasukkan ikan ke dalam kuali.

Tindakan ini akan memastikan supaya ikan tidak akan melekat pada permukaan kuali sekaligus akan menjadikan kulit luar ikan menjadi rangup.

Memasak Dalam Tempoh Yang Sekejap

via Endeous TV

Untuk memastikan isi ikan dalam keadaan juicy, sebaiknya gorenglah ikan dalam tempoh yang sekejap. Disebabkan pada awalnya menggoreng pada suhu yang panas, ini akan menjadikan kulit luar ikan menjadi rangup dan di dalam isinya lembut dan juicy. Tindakan ini juga dapat memastikan isi ikan akan kekal lembab dan tidak keras walaupun dibiarkan dalam tempoh yang lama.

Jadi untuk anda penggemar ikan goreng dan yang baru mula belajar untuk menggoreng ikan, tip di atas adalah untuk anda. Selamat mencuba!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
cara memastikan ikan goreng tidak melekatcara memastikan isi ikan kekal juicycara menggoreng ikanpetua menggoreng ikantip menggoreng ikan
https://lomp.at/sv62r
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem