Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Batal Hasrat Buat Banglo, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bakal Bina Masjid

by Khai Azfar
July 27, 2020
Share on Facebook

Pasangan selebriti popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal pada mulanya akui mereka ingin membina sebuah banglo yang sudah lama diidamkan selepas bertungkus lumus membina empayar perniagaan menerusi Wawa Cosmetic.

Bakal Bina Masjid Di Kampung Aeril 

Namun, hasrat tersebut telah dibatalkan oleh mereka biarpun lokasinya sudah pun ditetapkan. Ini kerana menerusi pasangan romantik ini, kini mereka ingin menumpukan dalam pembinaan sebuah masjid baharu yang akan dibina di kampung halaman Aeril di Batu Pahat, Johor.

Sebagai Saham Akhirat 

Berkongsi pengalaman mereka, Aeril dan Wawa yang ditemui Murai.my pada petang Sabtu berkata, impian untuk membina masjid tersebut tercetus selepas mereka berasa terkesan mendengar ceramah pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad.

Dedah mereka, pembinaan tersebut bukan sahaja sebagai saham mereka malah ianya juga merupakan sebahagian ‘saham’ dari pada pekerja dan pembeli yang membantu menyumbang kepada pembinaan masjid tersebut kelak.

“Pada awalnya, Wawa dengar ceramah daripada Ustaz Abdul Somad mengenai tiket ke syurga. Ustaz tersebut berkata, jika ada wang lebih binalah masjid untuk saham akhirat kita.

“Sebelum itu kami ada bercadang untuk membina banglo di Bangi. Tapi Wawa kata tak mengapa perancangan rumah itu boleh ditangguhkan dulu sebab kami sudah ada rumah.

“Kebetulan masjid di kampung halaman saya di Kampung Rengit, Batu Pahat sudah agak usang. Dari situlah timbulnya idea untuk menaik taraf masjid tersebut,” kongsi mereka kepada Murai.my

Bernilai RM1.2 Juta 

Ketika ditanya adakah masjid tersebut bakal dikenali dengan nama baharu, Aeril berkata nama serta lokasi asal majid tersebut akan dikekalkan dan pihak kariah juga menyambut hasrat baik mereka untuk membantu menaik taraf masjid di kampung itu yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta.

"Awards AI Team Ini Lebih Gempak Dari ABPBH"- Wawa Zainal

Kongsi Aeril, masjid tersebut boleh memuatkan kira-kira 700 hingga 800 jemaah dan ianya dijangka dibina pada awal tahun depan. Pada petang Sabtu, pasangan ini telah melancarkan produk kosmetik terbaharu, Edisi Glam Raya yang tampil dengan dua versi, Bukhari dan Muslim.

View this post on Instagram

A post shared by WAWA ®️ (@wawaofficialhq)

Mengandungi set produk pengilat bibir, minyak wangi dan alat solek, set yang dijual pada harga RM79.00 seunit ini difahamkan merupakan edisi terhad dan hasil jualan ini sedikit sebanyak akan disalurkan pada pembinaan masjid baharu itu.

Aeril ZafrelAeril Zafrel dan Wawa Zainalwawa zainal
https://lomp.at/n20lv
Share7Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Samsung
Inspirasi

Nikmati Karya Agung Moden Muzium San Francisco Secara Langsung Di Rumah, Seluruh Dunia!

by Nurul A.
April 1, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan perkongsian baharu antara Samsung Art Store dan Muzium Seni Moden San Francisco (SFMOMA). Pengguna kini...

Read moreDetails
Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara