Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Peminat Anggap ‘Boneka’ Ernie Zakri Berhantu!

by Khai Azfar
July 27, 2020
Share on Facebook

Meskipun baru berhijab, namun ianya tidak menghalang empunya nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri ini tampil dengan pelbagai fesyen yang malar segar.

Tampil Kelainan Dalam Boneka 

Ini dibuktikan penyanyi wanita popular tanah air bersuara emas ini menerusi video muzik single terbaharunya yang berjudul ‘Boneka’. Tampil berbeza dengan imej serba baharu yang penuh warna-warni, lagu ‘Boneka’ dicipta dan dihasilkan oleh komposer hebat Omar K bersama dua komposer muda yang berbakat besar iaitu Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.

Curi Perhatian 

Walaupun negara sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ia masih memberi ruang untuk karyawan seni tanah air untuk terus berjuang dalam bidang yang mereka ceburi. Mula dimuatnaik pada 24 Julai baru-baru ini, single Boneka sudah sedia mencuri perhatian. Bukan sahaja tampil unik, malah lagu ini juga dipuji ramai sehingga ada yang menganggapnya sebagai ‘berhantu’.

Ambil Pelbagai Inspirasi 

Menjelaskan lebih lanjut mengenai lagu dan video muzik berkenaan, menurut Ernie lagu ‘Boneka’ ini telah pun dirakamkan sebelum wabak COVID-19 melanda negara lagi. Malah dia tidak menolak sekiranya peminat beranggapan ianya diinspirasikan dari ‘kedai kain’ kerana bagi Ernie sendiri dia akui mahukan kelainan dalam single Boneka.

Kongsi penyanyi berusia 28 tahun ini lagi menerusi laman Twitter nya, dia turut mengambil inspirasi fesyen yang digayakan oleh pelantun Gadis dan Bunga, Rahimah Rahim dalam penataan fesyen kali ini.

“Saya gemar mempersembahkan karya-karya yang mempunyai cerita dan mesej yang mendalam agar dapat dijadikan sebagai pemangkin buat mereka yang tindas sebagai contoh. Muzik mempunyai elemen yang dapat membantu dalam menaikkan semangat seseorang, dan melalui lagu yang saya sampaikan, saya harap ia dapat membantu pendengar tatkala berada dalam keadaan yang gundah.”

“Saya hanya mengambil masa selama satu hingga dua jam sahaja bagi merakamkan single ini kerana saya sudah beberapa kali bekerjasama dengan Omar K dan saya faham apa yang dikehendaki olehnya. Ini juga merupakan pengalaman pertama berkolaborasi dengan Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh kerana kedua-duanya masih baharu dalam bidang penciptaan lagu, namun begitu banyak idea segar yang ditampilkan dan saya rasa seronok kerana banyak yang dipelajari dan dikongsikan bersama.” katanya kepada edaran pihak Murai.my

Lagu ‘Boneka’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Manakala, video lirik dan muzik lagu ‘Boneka’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

YouTube video

boneka ernie zakri
https://lomp.at/e0acj
Share4Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
Indonesia

PETERPAN Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert ‘The Journey Continues’ Pada 11 Julai Ini

by Naddy Joe
April 28, 2026

Selepas mencetuskan fenomena besar di Indonesia menerusi penganjuran “The Journey Continues” oleh Aloka, satu gelombang nostalgia baharu kini bersedia untuk...

Read moreDetails
Indonesia

King Nassar Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada 31 Julai Ini

by Naddy Joe
May 4, 2026

Kuala Lumpur bakal menyaksikan satu malam penuh gemilang dengan sentuhan pop fusion apabila penyanyi terkenal Indonesia, Nassar, membawakan konsert yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Dalam usaha mengangkat semula karya malar segar ke dimensi baharu, penyanyi muda berbakat - Didie Shazry tampil dengan remake sebuah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  4. 4

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  5. 5

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara