• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Buat U-Turn? Tak Jadi Berundur, Ini Kronologi Kisah Sugu Pavithra

by Khai Azfar
July 27, 2020
Share on Facebook

Kisah mengenai bintang YouTube popular ketika ini, Sugu Pavithra mencuri tumpuan ramai apabila beberapa isu melibatkan pasangan ini menjadi tajuk utama paparan kebanyakan media tempatan.

Kronologi Kisah Sebenar Sugu Pavithra 

Terbaru, selepas memadam semua video dan mengumumkan pengunduran mereka dari YouTube, Sugu dan Pavithra dikatakan telah membuat ‘U-Turn’ apabila mereka dikhabarkan akan kembali di platform berkenaan pada petang ini. Buat yang masih tertanya apakah yang membuatkan Sugu Pavithra dikenali ramai, berikut Murai.my rangkumkan rentetan kisah sebenar mengenai mereka.

Mula Aktif Di YouTube

Pasangan suami isteri, M.Sugu dan S.Pavithra telah mewujudkan akaun YouTube mereka pada 28 Januari 2020. Beberapa video mengenai resipi masakan dan tips gaya hidup telah dikongsi oleh Pavithra sebagai ‘hos’ manakala suaminya bertindak sebagai jurugambar yang merakam segala perkongsian yang dibuat

Curi Tumpuan Ketika PKP

Nama Sugu Pavithra menjadi sebutan ramai sekitar Mac yang lalu ketika kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara. Malah video-video yang dimuatnaik juga tular selepas dikongsi dan dipuji oleh warganet. Difahamkan, segala video tersebut telah dirakam di kediaman mereka yang terletak di kuarters Ladang Elphil, Sungai Siput, Perak.

Raih 10,000 Pengikut Selepas Sebulan Aktif

Untuk rekod, akaun Sugu Pavithra mendapat lebih dari 10,000 pengikut (subscriber) selepas sebulan aktif di YouTube sekaligus membuatkan mereka berpeluang menjana pendapatan di platform itu. Dikhabarkan, nama mereka menjadi tular selepas rakannya berkongsi akaun ini di platform sosial media yang lain.

Nama Disebut Dalam Perutusan Perdana Menteri

Pada 5 Jun 2020, satu penghormatan buat Sugu Pavithra apabila nama pasangan ini telah disebut dan dijadikan contoh oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perutusan beliau ketika mngumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

“Saya berharap, usaha kerajaan ini dapat terus memberi manfaat kepada rakyat. Contohnya seperti Encik Sugu dan Puan Pavithra yang viral di media sosial bulan lepas.

“Dia ada buat jemputan untuk saya datang makan nasi briyani di rumahnya.

“Mudah-mudahan mereka dapat meningkatkan kemahiran dan membuka kedai makan pada satu hari nanti.

“Bolehlah kita merasa ayam varuval mereka,” ujar Muhyiddin dalam ucapannya.

Sebelum itu, Muhyiddin telah menghadiahkan pasangan itu beberapa barangan istimewa seperti tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak.

Dijemput Bertemu Muhyiddin

Bukan itu sahaja, pada 9 Julai yang lalu pasangan ini dijemput untuk bertemu ‘1st Man’ Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 di Putrajaya. Malah Perdana Menteri Malaysia itu sempat berseloroh kepada Pavithra mengenai video masakannya.

“Pavithra, tak masak ke?” tanya Muhyiddin

Ikon Bandaraya Ipoh

Mencatatkan rekod peribadi yang membanggakan, S.Pavithra yang berkongsi kemahiran memasak menjadi individu pertama disenaraikan antara 100 ikon Bandaraya Ipoh.

Gambar : Malay Mail

Anak kelahiran Buntong berusia 28 tahun itu menerima pengiktirafan itu selepas kejayaannya membina kerjaya menerusi bakat memasak sehingga mendapat lebih 770,000 pengikut. Sebelum itu, Pavithra dan suaminya berkongsi detik gembira menerima ‘Silver Play Button’ daripada laman YouTube di atas pencapaian 100,000 subscribers menerusi akaun YouTube ‘Sugu Pavithra’.

Pavithra Dipukul? Sugu Mengamuk Di Hospital

Mengejutkan orang ramai! Pada 21 Julai 2020, Sugu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dakwaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya Pavithra, bagaimanapun Sugu mengaku tidak bersalah. Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan kanan Pavithra, dengan menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit. Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh antara jam 4 petang hingga 5 petang.

Ketika itu, media melaporkan polis menahan Sugu yang dalam keadaan mabuk membawa sabit mencari adik iparnya kerana masalah keluarga di luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Kejadian itu berpunca akibat salah faham antara suspek dengan isterinya berkaitan satu majlis yang berlangsung sehari sebelum itu.

Sugu Dibebaskan

“Saya maafkan suami,”

Itulah kata-kata ringkas Pavithra ketika ditanya media mengenai konflik antara suaminya. Pavithra berkata dia tidak mahu lagi memikirkan masalah yang berlaku, sebaliknya mahu memberi fokus kepada kehidupan mereka sekeluarga.

Sugu dan Pavithra yang sudah berbaik ketika di Mahkamah Sesyen Ipoh

Sugu dilepaskan dengan jaminan dan tanpa dibebaskan di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 24 Julai 2020 dan kes tersebut akan disebut semula pada Ogos depan.

Padam Semua Video

Pada petang Ahad (26 Julai 2020), pasangan ini sekali lagi mencuri perhatian apabila bertindak memadam kesemua video mereka di laman YouTube. Menurut laporan media tempatan, keputusan untuk dibuat kerana mereka tidak lagi ingin terlibat dengan sebarang perkara yang boleh meraih perhatian umum dan menjalani kehidupan sebagai keluarga biasa seperti orang lain.

Kembali Di YouTube

Terbaru, memetik laporan BERNAMA, Sugu Pavithra bakal kembali di laman YouTube selewat-lewatnya pada petang ini. Menurut Sugu, video baharu dijangka akan dimuat naik di YouTube ‘Sugu Pavithra’ pada petang ini sekiranya segala perbincangan dengan beberapa pihak selesai. Suami kepada Pavithra itu mengaku memadam kesemua 98 video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lalu atas beberapa faktor peribadi.

“Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah),” katanya seperti dipetik BERNAMA.

Tambah Sugu yang juga bekas pekerja sebuah syarikat perladangan swasta di Sungai Siput, akui hilang pendapatan daripada YouTube yang dianggap lumayan susulan tindakan memadam semua video.

“Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja,” katanya lagi.

Sugu PavithraVideo Sugu Pavithra
https://lomp.at/6zjcs
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  5. 5

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore