Sejak minggu lalu tular di media sosial mengenai sebuah video yang mendapat kecaman warganet. Video tersebut telah memperlihatkan seorang gadis sanggup meninggalkan teman lelakinya hanya kerana ditawarkan menjadi artis rakaman yang bernilai RM20,000.

Video ‘Gold Digger’ Cetus Pelbagai Persepsi! 


Dek kerana video tersebut, pelbagai spekulasi dan pendapat telah diberikan oleh warganet termasuklah beranggapan bahawa gadis itu merupakan seorang mata duitan dan tidak kurang menyebelahinya. Namun, selepas video tersebut mencetuskan isu yang agak panas, produksi yang membuat video tersebut iaitu Bros Gang tampil memberikan kenyataan sebenar.

Lakonan Semata-Mata 


Menerusi sebuah video yang dimuatnaik, mereka akui bahawa segala adegan di dalam video yang tular itu hanyalah lakonan semata-mata berdasarkan sebuah kisah benar yang terjadi.

Menurut mereka, video itu sekadar hiburan dan pengajaran yang diadaptasi dari realiti. Dalam pengakuan itu juga, mereka mendakwa ramai pihak telah membuat spekulasi yang tidak benar sehingga timbul kenyataan palsu kononnya mewakili gadis berkenaan.

Namun, selepas pengakuan tersebut rata-rata berasa kecewa kerana terpedaya dengan video itu dan segelintir pula beranggapan video yang dimuat oleh produksi Bros Gang selepas ini mungkin juga adalah sebuah lakonan.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry