Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Isu Rampas Suami Orang, Ini Reaksi Fatin Afeefa

by Khai Azfar
July 29, 2020
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika ini, isu mengenai kaki kikis (gold digger) dan rampas suami orang hangat diperkatakan. Malah lebih mengejutkan ada diantara isu tersebut turut terpalit dengan beberapa orang selebriti tanah air termasuklah buat pelakon, Fatin Afeefa.

Enggan Layan Komen Netizen 

Menjawab dakwaan netizen yang mengaitkan namanya mengenai isu ‘orang ketiga’ itu, tegas Fatin dia tidak mengambil kisah sebarang komen mahupun kecaman yang dilemparkan terhadapnya. Sebaliknya, dia hanya membiarkan segala komen yang diberi dan mengambil pendekatan untuk tidak membalas kembali komen-komen tersebut. Sebelum ini, tular di media sosial mengenai Fatin didakwa kembali menjalinkan hubungan sulit dengan ‘lelaki orang’ selepas didedahkan sendiri oleh seorang wanita dipercayai isteri kepada lelaki itu.

“Cara saya mudah sahaja, saya memang tidak layan komen-komen negatif yang orang tulis kepada saya. Tak perlu untuk saya membalas balik, sebaliknya saya hanya biarkan sahaja orang nak cakap apa,” kata Fatin

Tidak Mengenali Alya Iman

Susulan daripada namanya turut terpalit dengan pelakon baharu, Alya Iman yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang, menurut pelakon yang mula dikenali menerusi filem Tentang Bulan ini dia enggan mengulas lanjut mengenainya kerana sama sekali tidak mengenali pelakon tersebut.

“Saya tak kenal siapa Alya Iman yang diperkatakan. Jadi, saya tak nak beri sebarang komen mengenai isu tersebut. Lagipun, saya tidak sesuai untuk memberi komen memandangkan saya bukan pakar motivasi.

“Dia juga tiada kena mengena dengan saya dan saya sendiri tak kenal dia. Dia tiada dalam senarai pengikut saya di laman sosial pun,”

Fatin ditemui Murai.my di majlis sidang media pelantikan duta produk Havaianas di Pavilion pada petang Selasa. Selain Fatin, pelakon Nelydia Senrose turut dilantik sebagai duta produk antarabangsa itu. Untuk rekod, Fatin pernah mendirikan rumahtangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai dengan talak satu pada 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia, 4 tahun.

Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Berhadapan 'Maid' Bermasalah-"Dia Tiru Saya, Curi Pakaian, Mekap, Duit.."
Alya Imanfatin afeefa
https://lomp.at/gindl
Share8Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Foto - @kellyclarkson (IG)
Hollywood

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

by Nurul A.
March 13, 2026

Penyanyi dan penulis lagu, Kelly Clarkson mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kereta yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi rancangan pencarian...

Read moreDetails
Spotlight

‘Malam Tiga Syukur’, Dalami Pengertian Qana’ah Raya Ini

by Naddy Joe
March 8, 2026

Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan...

Read moreDetails
Foto - @tareqfit91 (IG) / @w4w4_zainal (IG)
Lokal

Tareq Fit Tegur Aeril Zafrel- “Jangan Jadi Dayus, Tak Rasa Cemburu Ke?”

by Nurul A.
March 31, 2026

Kali ini pempengaruh kecergasan, Tareq Fit kembali mencuri perhatian apabila membuat hantaran berbentuk teguran kepada pelakon dan usahawan Aeril Zafrel....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara