Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Bukan ‘Spill The Tea’! Lagu Teh Terakhirku Simpan Kisah Tersendiri

by Khai Azfar
July 29, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Melihatkan pada tajuknya mungkin ada yang beranggapan bahawa ianya seperti ingin berkongsikan sesuatu khabar angin mahupun sebaliknya. Namun siapa sangka single Teh Terakhirku ini tersimpan pelbagai kenangan dan kisahnya tersendiri di antara Shuib Sepahtu, Mark Adam dan Zynakal.

Kisah Bermula Ketika Mengerjakan Umrah Bersama 

Berkongsi kisah persahabatan yang terjalin antara Shuib dan Mark, tak ramai yang tahu sebenarnya ‘brotherhood’ mereka bermula sejak menyertai pertandingan Juara Parodi 2015 lagi. Bagaikan sebuah keluarga, mereka akhirnya mengerjakan umrah dua tahun yang lalu bersama keluarga masing-masing.

Beberapa peristiwa yang berlaku di sana akhirnya mencetuskan idea kepada mereka berdua untuk menghasilkan sebuah karya khusus mengingati kenangan tersebut.

“Waktu kami sedang minum teh tarik di kaki lima di sana, melodi lagu ini tiba- tiba sahaja muncul dalam kepala. Saya minta Mark untuk simpan. Macam sedap sahaja tetapi perkara itu berlalu begitu sahaja.

“Tapi bila kami mengerjakan tawaf selamat tinggal, saya teringatkan teh tarik tersebut tapi tak sempat pula nak beli. Bila sampai sahaja ke dalam bas sebelum bertolak ke Madinah, Mark rupanya sempat beli,” kongsi Shuib menerusi edaran pada pihak Murai.my

Idea Dari Teh Yang Dipesan 

Tambah Shuib, Mark sempat menyebut “ini teh terakhir kita” membuatkan dia terus bersemangat untuk menghasilkan lagu. Dalam perjalanan tersebut, mereka terus berbincang idea, melodi dan sebagainya. Namun begitu,kesibukan jadual mereka berdua sekembalinya daripada umrah membuatkan lagu ini terperam hampir dua tahun. Ditambah dengan kekangan untuk mencari penyanyi rap yang sesuai, membuatkan ia berlalu begitu sahaja.

Kagum Dengan Zynakal 

Untuk rekod, mereka sebenarnya ada mencadangkan beberapa nama penyanyi rap sebelum ini namun hasrat tersebut tidak kesampaian. Akhirnya peluang tersebut diberikan kepada Zynakal yang terus bersetuju dan merakamkan rap tersebut yang mana tidak sampai setengah jam menggunakan liriknya sendiri.

“Dia memang seorang yang berbakat besar. Dia bersetuju dan sudah ada idea sendiri untuk lirik. Memang Tuhan mempermudahkan segala urusan kami untuk segera mengeluarkan lagu ini sempena Aidiladha tahun ini,” tambah Mark pula.

Menariknya Teh Terakhirku bukan sahaja menggunakan metafora rukun umrah sebagai lirik tetapi juga menyelitkan selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sebagai elemen penarik.

YouTube video

Bukan sahaja lebih dekat di hati pendengar tetapi dalam masa yang sama mampu menarik minat kanak-kanak untuk berselawat dan mengenali ibadah umrah. Menurut mereka, lagu ini pasti akan mengembalikan kenangan manis dan kerinduan kepada mereka yang pernah mengunjungi kota suci tersebut yang kini belum boleh lagi dikunjungi akibat Covid-19.

aazief khalid berpisah dengan tyra kamaruzamanShuib SepahtuTeh TerakhirkuZynakal
https://lomp.at/7639n
Share9Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Dalam usaha mengangkat semula karya malar segar ke dimensi baharu, penyanyi muda berbakat - Didie Shazry tampil dengan remake sebuah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adam Nuqris Ukir Bab Baharu Dengan ‘Alasan’

by Naddy Joe
May 4, 2026

Dalam era digital yang pantas melahirkan bakat baharu, hanya segelintir yang mampu melangkah keluar daripada ruang viral dan benar-benar membina...

Read moreDetails
Indonesia

King Nassar Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada 31 Julai Ini

by Naddy Joe
May 4, 2026

Kuala Lumpur bakal menyaksikan satu malam penuh gemilang dengan sentuhan pop fusion apabila penyanyi terkenal Indonesia, Nassar, membawakan konsert yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara