Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Jom Intip Harga ‘Face Mask’ Yang Dipakai Oleh Neelofa, YDP Agong & Najib Ini

by Phic ARMAN
July 29, 2020
1.2k
KONGSIAN
Share on Facebook

Musim COVID-19 ni, face mask atau pelitup muka antara barang yang perlu sangat. Lagi-lagi bermula 1 Ogos ini, kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di tempat awam yang sesak.

Sesetengah orang begitu cerewet dalam memilih pelitup muka yang sesuai. Dari harga murah hinggalah mencecah ratusan ringgit, pelbagai jenis pelitup muka boleh dibeli di platform membeli-belah secara dalam talian.

Sejak akhir-akhir ini, Murai MY mula perasan bahawa pelitup muka yang satu ini telah mencuri perhatian netizen di Malaysia. Manakan tidak, ia telah di pakai oleh individu-individu yang berpengaruh seperti Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,  bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta ketinggalan selebriti dan usahawan popular, Neelofa.

VIA IG Lofa.Page

Mungkin ramai yang nak tahu, jenama apakah pelitup muka yang mereka pakai dan adakah harganya mahal?

Hanya Sekitar RM 50 Jer!

Jangan tak percaya, pelitup muka ini hanya berharga sekitar RM50 saja untuk 3 unit. Hasil pencarian Murai MY di internet, pelitup muka ini adalah produk keluaran dari Xeralife yang ternyata berkualiti tinggi dan anda boleh dapatkannya di Shopee.

Pelitup wajah Xeralife

Pelitup muka Xeralife ini telah dibuktikan oleh Persatuan Sains Bioperubatan (BMSA) di Jepun berkesan terhadap semua bentuk Influenza, termasuk selesema burung dan selesema babi.

Menurut tinjauan Murai MY di laman sesawang rasmi Xeralife, pelitup muka Xeralife merupakan hasil teknologi dari Jepun. Ia membantu mencegah jangkitan kuman, meredakan alahan dan jangkitan pernafasan. Sudah semestinya ia juga mampu melindungi pemakai daripada wabak Covid-19. Selain itu, tiada penggunaan bahan kimia berbahaya digunakan dalam pembuatan pelitup muka ini.

Pelitup muka ini terdiri daripada 4 lapisan yang sangat berkualiti, iaitu bermula dengan fabrik Spunbound, kemudian diikuti dengan penapis Xeralife, fabrik Meltblow dan terakhir Thermal bonded fabrik Polypropylene.

Ameera Khan Tampil Sopan, Neelofa Doa Dikurnia Rahmat – Netizen Terkejut Lihat Perubahan Mengejut

Selain pelitup muka, sebenarnya banyak lagi produk yang dikeluarkan oleh Xeralife termasuk produk kesihatan kulit, tekstil dan banyak lagi. Anda boleh berkunjung ke laman sesawang rasmi mereka di www.xeralife.com untuk dapat lebih info lagi mengenai produk mereka.

najib razakneelofaXeralifeYDP Agong
https://lomp.at/1xtz4
Share467Tweet292SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem