Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Hadiah Istimewa Dari Ning Baizura Untuk Semua ‘Perwira’

by Phic ARMAN
July 31, 2020
Share on Facebook

Bersempena dengan pelancaran kempen Tabung Pahlawan, Primeworks Studio Sdn Bhd dengan berbesar hati telah melahirkan sebuah lagu istimewa untuk semua perwira di negara kita.

Lagu hasil ciptaan Aubrey Suwito dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio Sdn Bhd, Ahmad Izham Omar, ‘Perwira’ dinyanyikan oleh penyanyi bersuara soprano Ning Baizura ini dicipta khas untuk kempen Tabung Pahlawan yang bertujuan untuk mengutip dana yang diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai satu tanda penghormatan kepada perwira negara yang telah berkorban untuk tanah air selama ini.

Proses rakaman lagu ini telah dilakukan pada penghujung bulan Jun di studio Cranky Music, milik Aubrey dan mengambil masa kurang dari empat jam. Pemilihan Ning Baizura untuk menyanyikan lagu ini telah dibuat bersama oleh Aubrey Suwito dan Ahmad Izham Omar apabila proses keseluruhan lagu ini siap diperdengarkan.

Ning Baizura berkata, “Lagu Perwira” adalah single terbaru setelah sekian lama tidak muncul dengan lagu baru.

“Saya sangat berasa terharu dan gembira atas pelawaan Aubrey dan Ahmad Izham dan berterima kasih kerana memberi peluang ini kepada saya. Ini adalah projek pertama saya bersama mereka dan mengharapkan agar peminat di luar sana dapat menerima lagu istimewa ini yang ditujukan khas kepada semua perwira di luar sana yang
telah berkorban demi agama bangsa dan negara .”

‘Perwira’ boleh didengari di semua pelantar digital termasuk Spotify, Joox, Apple Music, KKBox, Deezer dan YouTube Music bermula 17 Julai 2020.

Error happened.
Anak Diejek "Dahi Jendul" Dalam Group WhatsApp, Ning Baizura Bertindak Jumpa Ibu Bapa Pembuli
Ahmad Izham OmarAngkatan Tentera MalaysiaAubrey Suwitoning baizuraPrimeworks Studio Sdn BhdTabung Pahlawan
https://lomp.at/kua8r
Share5Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara